UMNO HANYA ADA SATU CARA BAGI MENGHADAPI PILIHANRAYA AKAN DATANG
UMNO sudah kehabisan modal dalam menghadapi pilihanraya buat masa yang akan datang, pada awalnya dulu memang mereka ada banyak modal sekalipun modal itu suatu yang tidak relevan seperti menakutkan kaum lain supaya tidak memilih parti lain kerana di katakan akan di paksa potong benda tu, pakai kain, pakai songkok, makan sup tangan, semua rumah ibadat agama lain akan di runtuhkan, sekolah bahasa bangsa lain akan di tutup, dan banyak lagi, ini peringkat pertama
Sampai peringkat kedua BN/UMNO mempertakutkan kaum lain dengan isu keganasan, kononnya PAS adalah parti ganas, extrim, pelampau agama, dan berbagai-bagai isu yang menakutkan kaum lain, dalam masa yang sama mereka memupuk dasar perkauman yang sempit dan melaga-lagakan ahli parti lawan, isu ini hampir-hampir berjaya, nasib baik PAS cepat terjaga. dalam masa yang sama mereka mengekalkan pembangunan sebagai isu memikat hati rakyat, mereka juga mengamalkan amalan rasuah sehingga ke hari ini
Apabila semua isu di atas sudah tidak di pedulikan oleh rakyat mereka pula beralih kepada isu agama yang mana isu ini rata-rata memakan tuan, ertinya semua isu yang mereka cipta nampaknya sudah basi dan tidak di pedulikan oleh rakyat malah rakyat sudah matang menilai berbagai isu yang di reka cipta oleh BN/UMNO nah sekarang mereka sudah tersepit, yang ada pada mereka sekarang bukan lagi isu akan tetapi mereka mula memeras ugut rakyat dengan membalas dendam sementara mereka masih lagi berkuasa, jika isu ugut dan balas dendam ini terus di lakukan sebagai menakut-nakutkan rakyat maka cara ini sebenarnya tidak membantu mereka untuk terus berkuasa malah ia akan membantu mereka terbenam dan hancur
Apakah nanti negara ini akan ujud konsef GESTAPU ? Dengan menggunakan kuasa polis dan tentera untuk meneruskan kekuasaan mereka ?
0 orang berkata:
Post a Comment