Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ALASAN KHIR TOYO PERLU DIPERTIKAI

Isu nilai pasaran sebenar rumah Khir Toyo jadi pertikaian

September 27, 2011
SHAH ALAM, 27 Sept – Isu nilai pasaran sebenar dua lot tanah termasuk sebuah rumah di Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7, Shah Alam yang dibeli bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo terus menjadi topik pertikaian pihak pendakwaan di Mahkamah Tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya Abdul Wahab Mohamad ketika menyoal balas Dr Khir, yang menjadi saksi pertama pihak pembelaan yang memberi keterangan dari kandang saksi, menuduh beliau berpakat dengan penilai profesional Rahim & Co yang dilantik pihak bank dalam menentukan harga rumah tersebut.

Menyambung keterangannya hari ini, Dr Khir dipetik Bernama Online, sebaliknya menegaskan hartanah yang dibelinya dinilai sebanyak RM3.5 juta mengikut harga pasaran oleh penilai profesional Rahim & Co yang dilantik oleh Bank HSBC pada 14 Mei 2007 dan harga itu dipersetujui Pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Hayroni.

Ditanya Abdul Wahab sama ada beliau pernah berpakat dengan Choy Yue Kwong (pegawai penilai dari Rahim & Co dalam menentukan harga rumah), Dr Mohamad Khir manjawab: “Tidak pernah.”

Dr Khir turut menafikan dakwaan Abdul Wahab yang menyatakan Shamsuddin bersetuju menjual rumahnya kepada beliau kerana beliau merupakan menteri besar ketika itu.

Dr Khir berkata demikian ketika membela diri atas pertuduhan mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004, pada harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai menteri besar Selangor ketika itu.

Dr Khir yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki disambung petang ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.