Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERNAH BACA AL QURAN TAK ?

DATO' MUKHRIZ ANAK LELAKI MAHADHIR KENA BACA SURAH AL KAFIRU AYAT AKHIR, TU LA NAMA SAJA ISLAM TAPI JAHIL AGAMA, LEPAS TU NAK POLITIKKAN PANDANGAN AGAMA SECARA SEMPIT, SAMALAH MACAM BAPA DIA

Selasa, 27 September 2011

Kenyataan Tmb. Pengerusi Umno Kedah Yang Paling "Bangang"..

Langkah Pas untuk tidak melibatkan masyarakat bukan Islam dalam hukuman hudud yang dicadangkan oleh kerajaan Kelantan menunjukkan parti itu tunduk kepada tekanan DAP, kata TimbalanPengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir. 

Malah, katanya, ada kemungkinan Pas akan menarik balik cadangan untuk melaksanakan hukuman hudud seperti yang berlaku berulang-kali berlaku sebelum ini kerana DAP dilihat sebagai parti paling dominan dalam pakatan pembangkang terdiri Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

"DAP tidak pernah kalah dalam sebarang tuntutan, desakan mahupun sebarang perselisihan ideologi yang wujud antara tiga parti komponen ini, malah hukuman hudud ini diperkatakan sejak berpuluhan tahun dahulu tetapi hingga ke hari ini ia masih tidak dapat dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan raya Umno Bahagian Sungai Petani di sini, pada Selasa.

Beliau mengulas laporan media tentang kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas bahawa hukum hudud yang dicadangdilaksanakan di Kelantan tidak akan melibatkan masyarakat bukan Islam. Hasrat Nik Aziz untuk melaksanakan hukum hudud itu mendapat bantahan keras DAP.

Mukhriz berkata langkah melaksanakan hukuman berdasarkan undang-undang yang dalam agama kaum masing-masing adalah suatu tindakan yang tidak adil untuk dipraktikkan dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia. 

"Memberi hukuman yang berbeza-beza bergantung kepada agama seseorang itu dilihat sebagai tidak adil dan apa yang ditekankan berulang kali juga dalamAl-Quran ialah peri pentingnya kita bersifat adil dalam segala benda kitalakukan. Bayangkan sekiranya ada satu kesalahan yang dilakukan, orang Islamdikenakan hukuman potong tangan tetapi apabila berlaku kepada bukan Islam jauhlebih ringan," katanya.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.