Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YANG INI PAK KARAMU SETUJU

Kabinet arah media jalani latihan ketenteraan



2 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Kabinet memutuskan pengamal media yang ingin bertugas di zon bencana dan perang perlu menjalani latihan bersama Media Askar Wataniah Kementerian Pertahanan untuk persiapan fizikal dan mental.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu diambil kira dan penting untuk tujuan keselamatan pengamal-pengamal media menempuh pelbagai cabaran dalam menjalankan tugas.

"Hanya selepas selesai atau telah menjalani latihan barulah mereka dibenarkan turut serta mengikuti mana-mana misi kemanusiaan atau tugas di kawasan bencana," katanya ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Kuala Lumpur, malam semalam.

Jelasnya, Kementerian Pertahanan menyeru mana-mana agensi dan syarikat media menjalani latihan untuk menghantar pengamal media bagi menyiapsiagakan diri mereka dengan latihan keselamatan yang berguna untuk mereka.

Beliau turut menyarankan agar misi bantuan kemanusian atau tugasan di zon bencana dan perang dibekalkan dengan peralatan yang mempunyai tahap keselamatan tinggi seperti pemakaian jaket keselamatan dan jaket kalis peluru.

"Apabila pengamal media menjalani latihan bersama kementerian kami, kelak mereka akan sedar betapa pentingnya aspek keselamatan diutamakan dan didahulukan daripada tugas," katanya.

Dalam pada itu, beliau menuntut pampasan sewajarnya daripada tentera Burundi berikutan penglibatan tentera mereka dalam insiden tembakan yang menyebabkan kematian jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor pada 2 September lalu.

Ahmad Zahid berkata pampasan itu penting sebagai pengajaran dan iktibar kepada pihak lain.

Semalam, AMISOM memohon maaf terhadap kejadian itu dan melucutkan mereka yang terlibat daripada menjalankan tugas pasukan pengaman dan akan dihantar pulang ke Burundi untuk dibicarakan.

Noramfaizul, 39, terkorban setelah terkena tembakan curi ketika dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda semasa menyertai misi bantuan kemanusiaan anjuran Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.