Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK LAYAK MENERIMA PAMPASAN KERANA MAT INDERA DIANGGAP SEBAGAI PAHLAWAN

JIKA DEMIKIAN HALNYA MAKA AYAH AWAK ADALAH SEBAGAI PENGKHIANAT BANGSA Ma'af

Thursday, September 29, 2011

PDO :: Pahang Daily Online: Bongkar: 'Waris' Individu Yang Telah Menangkap Mat Indera 'Di Batu Pahat Pada Tahun 1952' Dulu, Merayu Perhatian Dan Pembelaan Dari Kerajaan!

KUANTAN, 29 Sept - Salah seorang anak kepada individu yang telah berjaya menangkap "Mat Indera" hari ini tampil mendedahkan kisah sebenar insiden tersebut. Biar pun kini isu Hudud telah menenggelamkan isu kontoversi ini namun ada rahsia besar yang tidak pernah didedahkan kepada media sebelum ini telah berjaya dibongkarkan. 
 
Ramai yang tahu mengenai sejarah perjuangan Mat Indera, terutamanya dalam kes "Tragedi Bukit Kepong" itu.Umum mengetahui bahawa Mat Indera mati digantung oleh British di di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Persoalannya, ramai yang tidak pernah tahu siapakah individu yang telah berjaya menangkap Mat Indera itu. 
 
Saparun Sibon, 46, (foto) mendakwa arwah bapanya iaitu Che'Sibon @ Tukyo bin Ahmad adalah individu yang bertanggungjawab menangkap Mat Indera selepas berlakunya "Tragedi Bukit Kepong" dulu. Menurut Saparun, bapanya ketika itu merupakan "Home Guard" yang telah diupah oleh pihak British untuk menangkap Mat Indera. 
 
Tangkapan telah berjaya dilakukan pada 14 Oktober 1952 di Kampung Parit Warijo, Sri Medan Baru Pahat Johor. Atas kejayaan tersebut, ayahnya juga telah dianugerah sijil serta pingat oleh Pesuruhjaya British di Tanah Melayu ketika itu iaitu Janeral Sir Gerald Templer. Malah katanya, selain dari sijil dan pingat terbabit ayahnya juga telah dihadiahkan wang tunai oleh kerajaan British atas kejayaan tersebut
 
Segala dokumen dan bukti berkaitan telah ditunjukkan bagi mengukuhkan lagi dakwaan beliau ini. Menurutnya, kisah ayahnya itu selema ini tersimpan dalam lipatan sejarah dan langsung tidak diambil perhatian oleh sesiapa pun sehinggalah isu "Mat Indera" itu timbul bila media yang mengaitkan kononnya Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu itu menyokong "komunis" dalan peristiwa Bukit Kepong yang hangat diperkatakan baru-baru ini.


Bukti kad pengenalan dan surat penghargaan tertera nama Mat Indera
Ini bukti surat penghargaan diterimanya dari Pesuruhjaya Tinggi British
Inilah wajah Mat Indera selepas beliau ditangkap oleh arwah bapanya dulu


Beliau juga mendedahkan arwah ayah dan ibunya telah mengikut arahan pihak atasan untuk menyamar sebagai "tukang masak dan orang suruhan" sehinggalah betul-betul dipercayai oleh Mat Indera. "Arwah ayah saya telah membuat kopi bercampur daun kecubung untuk diberi minum kepada kumpulan komunis dibawah pimpinan Mat Indera pada ketika itu. 
 
Sehinggalah semuanya pengsan dan pada masa itu jugalah arwah orang tua saya mengambil tangkal yang ada pada Mat Indera sehinggalah dia tersedar dan tidak boleh menghilangkan diri lagi. Tangkal yang ada pada dirinya telah diambil oleh arwah orang tua saya dan pada masa itu arwah orang tua saya membawa beberapa orang kawan-kawannya untuk menangkap dan mengikat Mat Indera serta kuncu-kuncunya dan diserahkan kepada pihak Kerajaan British di Johor Bahru", kata beliau lagi.

Waris Mohon Kerajaan Mengenang Jasa Bapanya

Menurut beliau lagi, dengan tertangkapnya Mat Indera ketika itu, pihak Kerajaan British telah memberikan hadiah wang tunai sebanyak RM75,000 atas jasa arwah bapanya. "Duit tersebut telah dibahagikan sama rata kepada kesemua anak buah dia dan selepas itu dianugerahkan sijil penghargaan berupa Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pada zaman British tapi pingat tu entah hilang ke mana .... sijil yang diserahkan oleh The High Commissioner British iaitu Jeneral Sir Gerald Tampler", katanya. 
 
Saparun mendakwa selepas merdeka bapanya telah berhijrah keluar dari Johor. "Arwah orang tua saya ni ambil keputusan untuk berhijrah keluar daripada Johor memandangkan pada ketika itu maklumlah terlampau bermacam-macam dia dengar cerita", tambah beliau lagi. Bapanya kemudian telah meninggal dunia dalam usia 73 tahun di negeri orang
 
Beliau juga mengakui bapanya tidak pernah mendapat apa-apa imbuhan atau kenang jasa daripada pemerintah Kerajaan Malaysia. "Sehingga beliau meninggal dunia pun tidak pernah ada yang mengenang jasa beliau, sehinggalah sekarang ni saya sebagai pewaris utama beliau merayu pihak kerajaan negeri dan Kerajaan Malaysia atau mana-mana pihak yang berkenaan untuk menghulurkan sumbangan memandangkan isu ini timbul dan sedang hangat diperkatakan", tambahnya lagi.

[Persoalannya sekarang, apakah beliau sebagai pewaris kepada individu yang telah menangkap Mat Indera itu layak menerima pampasan atau bantuan dari Kerajaan Malaysia?. Jika benar, Kerajaan mengatakan Mat Indera itu adalah pengkhianat bangsa kerana bersekongkol dengan komunis untuk menyerang Balai Polis Bukit Kepong itu, maka sudah semestinya arwah ayah Saparun ini boleh dianggap wira. 
 
Ini kerana dengan kelicikan beliaulah yang telah menyebabkan Mat Indera ditangkap dan dihukum gantung oleh pihak British. Maka itu, beliau sebagai pewarisnya memang layak mendapat imbuhan yang setimpal daripada Kerajaan Malaysia. Jika nasib beliau tidak di beri perhatian oleh kerajaan, bermakna jasa-jasa arwah ayahnya itu langsung tidak dihargai sebenarnya. Jika tidak dihargai, ia bermakna Mat Indera adalah pejuang dan bukan arwah ayahnya yang bekerja dengan British. Inilah yang memusykilkan ?].

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.