Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Muhyiddin: Tiada sekolah kerajaan aliran Inggeris

September 30, 2011

SERDANG, 30 Sept — Sekolah kerajaan aliran bahasa Inggeris tidak akan diwujudkan di negara ini kecuali jika berlaku perubahan dalam Akta Pendidikan dan Dasar Pendidikan Negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin.

Katanya sebagai Menteri Pelajaran, beliau bertanggungjawab untuk melaksanakannya berdasarkan akta dan dasar itu yang antara lain menyebut bahawa menyatakan bahasa pengantar di sekolah kebangsaan ialah bahasa Melayu atau bahasa Malaysia.

“Kalau di sekolah swasta, itu lain ceritalah,” katanya ketika ditanya mengenai permintaan pihak tertentu supaya kerajaan menubuhkan sekolah aliran bahasa Inggeris.

Dipetik Bernama Online, Muhyiddin (gambar) juga berkata bahasa yang lebih mudah untuk diajar kepada anak-anak khususnya di peringkat rendah adalah bahasa ibunda.,Beliau berkata perkara itu dipersetujui pada mesyuarat lembaga eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) yang dihadirinya di Paris awal minggu ini.

“Sebab itu orang Cina nakkan sekolah bahasa Cina, orang India nak dengan bahasa Tamil, begitu juga di Sabah dan Sarawak yang mempunyai pelbagai bahasa,” katanya semasa menjawab pertanyaan pada sesi dialog bersama pelajar sempena lawatan kerja ke Universiti Putra Malaysia di sini hari ini.

Muhyiddin berkata usaha itu juga mampu memartabatkan Bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan dan pada masa sama penguasaan Bahasa Inggeris terus dipertingkatkan.

“Saya bertanggungjawab dalam menggubal dasar, disebabkan itu ia masih hangat diperbincangkan sehingga kini, tetapi keputusan telahpun dibuat bukan sebab tidak suka bahasa Inggeris tetapi kita mesti bersikap realistik. 

“Ini kerana terdapat pelajar terutamanya di luar bandar yang langsung tidak tahu berbahasa Inggeris menyebabkan mereka sukar untuk menjawab soalan peperiksaan kerana lebih mahir dengan bahasa ibunda,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.