Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ARTIKAL 8 DAN ARTIKAL 7(2) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MELARANG HUDUD

Hudud: Perlembagaan tak benar, Majlis Peguam minta henti retorik politik

September 30, 2011
KUALA LUMPUR, 30 Sept — Majlis Peguam menegaskan undang-undang hudud, yang kembali muncul sebagai isu kontroversi awal minggu lalu, tidak boleh dilaksanakan di negara ini buat masa sekarang ekoran kekangan peruntukan perundangan.

Presidennya Lim Chee Wee (gambar) berkata, Perlembagaan Persekutuan dan rangka kerja perundangan negara ini tidak menyediakan peruntukan bagi undang-undang hudud dikuatkuasakan oleh mana-mana negeri termasuk Kelantan.

Dalam laporan terdahulu hari ini, The Malaysian Insider memetik pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, banyak pihak termasuk pemimpin PAS dan DAP sendiri terkeliru bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan.

Menurut Aziz, beliau tidak nampak sebarang asas dan sebab yang memerlukan Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memberi laluan kepada pelaksanaan hukum hudud.

“Majlis Peguam Malaysia menggesa agar kesemua pihak mendukung Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara dan berhenti daripada bercakap mengenai retorik pelaksanaan hukum hudud,” kata Lim dalam satu kenyataan petang ini.

Lim berkata retorik mengenai pelaksanaan undang-undang itu, yang menjadi fokus polemik sejak kebelakangan ini, mencetuskan kekeliruan dan perpecahan dalam masyarakat.

“Majlis Peguam menggesa kesemua pihak agar memberi fokus untuk memperkukuhkan keluhuran undang-undang dan proses demokratik demi kebaikan Malaysia,” katanya lagi sambil berkata, badan profesion peguam itu bimbang dengan perdebatan politik sejak beberapa hari lalu berhubung usaha kemungkinan menghidupkan usaha pelaksanaan hudud — kelas kes dan kesalahan jenayah yang diperuntukkan di bawah undang-undang Islam.

“Undang-undang itu dengan sendirinya tidak membolehkan pelaksanaan hudud oleh negeri. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan negeri menggubal undang-undang mewujudkan peruntukan kesalahan seseorang keluar Islam, yang bertentangan dengan prinsip Islam dan hukuman berkaitan.

“Berkaitan dengan sifat-sifat kesalahan sedemikian, kesalahan-kesalahan ini tidak boleh termasuk perkara dalam lingkungan kuasa kerajaan pusat.

“Oleh itu, tidak boleh ada replikasi sebarang kesalahan dalam lingkungan undang-undang persekutuan dengan kadar hukuman yang berbeza hanya bagi Muslim,” katanya.

Malah kata beliau, undang-undang ini jika digubal seharusnya konsisten dengan kebebasan fundamental yang dijamin kepada kesemua warganegara termasuk Muslim di bawah Bahagian II Perlembagaan Persekutuan.

“Memandangkan skop hukuman bagi kesalahan-kesalahan bertentang dengan prinsip Islam, ruang (pelaksanaan) seharusnya dibenarkan oleh undang-undang peringkat persekutuan,” katanya.

Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 menyediakan peruntukan bahawa Mahkamah Syariah di setiap negeri tidak boleh menggunakan bidang kuasa dalam kesalahan-kesalahan yang boleh membawa hukuman penjara melebihi tiga tahun ataupun denda melebihi RM5,000 ataupun sebatan melebihi enam atau kesemuanya.

Kata Lim, oleh kerana hudud merupakan undang-undang keseksaan, ia terletak di bawah bidang kuasa Parlimen peringkat persekutuan.

“Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan menyenaraikan undang-undang jenayah dan prosedur, malah berkaitan keselamatan dalam (negara) dan ketenteraman awam, di bawah senarai Persekutuan.

“Perkara-perkara itu tertakluk di bawah budi bicara Parlimen Persekutuan dan bukannya Dewan Undangan Negeri,” kata Lim.

Dengan merujuk kepada kes Che Omar Che Soh melawan Pendakwa Raya pada 1988, kata Lim, Malaysia adalah sebuah negara sekular dan hukum hudud tidak boleh dikuatkuasakan.

Malah kata beliau, laporan-laporan media termasuk kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa pelaksanaan hudud hanya ke atas Muslim dan bukannya bukan Islam, menunjukkan ia bercanggah dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan.

“Seorang pesalah kalangan Muslim akan berhadapan dengan hukuman yang ketat bagi kesalahan yang sama, ia berbeza berbanding bukan Islam.

“(Malah) seorang Muslim juga akan terdedah kepada dua bentuk pendakwaan atau sabitan kesalahan yang berbeza — satu di bawah hudud dan satu lagi di bawah Kanun Keseksaan, bercanggah Artikel 7(2) Perlembagaan Persektuuan,” katanya lagi.

Aziz dalam kenyatannya menyebut, “setakat ini saya tidak jelas sebab mengapa perlembagaan perlu dipinda untuk pelaksanaan hudud.”

Ahli akademi dan pemerhati politik ini menambah, keperluan itu tidak wujud sebab sebahagian hukum hudud sudah pun dilaksanakan dalam bentuk jenayah syariah.

Beberapa ahli politik juga telah melahirkan pandangan yang seiring dengan Lim.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.