Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Periksa balik sejarah perak, siapa sebenarnya yang berhak

Nuffnang Ads

Rabu, 28 September 2011


MACAM MANA SULTAN PERAK DILANTIK

KABAR BERITA KERABAT SEBENAR PERAK ADA MASALAH SEJARAH, JANGAN ADA YANG MELAKUKAN KESILAPAN,ZAMAN SEKARANG MACAM-MACAM BOLEH BERLAKU, MAKLUM SAJALAH SETIAP KUASA ADALAH AMANAH YANG PERLU DITANGANI SECARA JUJUR, NAMA PANDAK, ALANG DAN NGAH ADALAH SUATU YANG PERLU DISELIDIKKI, KERANA APAPUN YANG DIGELARKAN MEREKA TETAP KETURUNAN DIRAJA, SEBAGAI CONTOH DIMANA HILANG GHAIBNYA NGAH KARIM ? BELIAU ADALAH KETURUNAN DIRAJA TAPI MERAJUK SELEPAS DI SINGKIRKAN KERANA SESUATU PENGINAYAAN WALLAHU A'ALAM



AMPOOOON TUAN KU






SIAPA SEBENARNYA RAJA PERAK?

KUALA LUMPUR – Raja Noor Jan Shah Raja Tuah mempertahankan kedudukannya sebagai pewaris kesultanan Melaka dan Perak yang datang daripada keturunan Raja Alang Abdul Rahman.

Beliau dengan tegas menolak kenyataan Persatuan Waris Kerabat Negeri Perak (PWKNP) semalam bahawa Sultan Abdullah Muhammad I tidak mempunyai anak bernama Raja Alang Abdul Rahman.

Menurut Raja Noor Jan, dalam buku Tempat-Tempat Bersejarah Perak yang ditulis oleh N.A. Halim dan diterbitkan oleh Jabatan Muzium pada 1981, dicatatkan Sultan Abdullah Muhammad I merupakan Sultan Perak ke-22 yang dilantik pada 1851.

Beliau berkata, dalam muka surat 55 buku itu ada dicatatkan bahawa Sultan Abdullah Muhammad I beristerikan Raja Sharifah Ngah Aminah Raja Alang Rawin dan mempunyai anakanda Raja Loh Yusof (Sultan Yusof Shariffuddin Muzzafar Shah), Raja Sulaiman (mangkat di Ligor), Raja Pandak Abdul Rahman dan Raja Pandak Budak Rasul.

“Bagaimanapun, terdapat kesilapan fakta pada buku itu kerana Raja Pandak Abdul Rahman sepatutnya ialah Raja Alang Abdul Rahman kerana dalam panggilan keluarga di Perak, anak ketiga adalah Alang dan tidak mungkin dalam satu keluarga ada dua orang yang bergelar Pandak,” kata Raja Noor Jan.
Tukat Tiub

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.