Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INNALILLAH !

Pemandu hilang, kereta junam ke laut di Penang Port

September 29, 2011
BUTTERWORTH, 29 Sept – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas kereta yang dinaiki bersama empat rakannya menjunam ke dalam laut ketika cuba mengelak daripada ditahan kerana menceroboh Penang Port Sdn Berhad (PPSB) di Dermaga Dalam di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Zulkifli Alias berkata kejadian itu berlaku apabila kereta Proton Wira yang dinaiki lima lelaki terbabit memecut laju ketika melalui pintu masuk dermaga sebelum terus menjunam ke laut pada pukul 12.45 tengah malam.

“Polis menerima panggilan daripada pengurusan PPSB memaklumkan kejadian itu dan sepasukan anggota kita bergegas ke tempat kejadian sebelum menahan empat lelaki yang berjaya diselamatkan daripada lemas.

“Empat lelaki terbabit bernasib baik kerana berjaya diselamatkan pekerja sebuah kapal yang berlabuh di pelabuhan itu manakala seorang lagi rakan mereka berusia 24 tahun tenggelam bersama kereta,” katanya dipetik Bernama Online.

Zulkifli berkata siasatan awal mendapati lima lelaki yang berusia antara 24 dan 53 tahun itu berasal dari Kedah berada dalam keadaan mabuk selepas pulang berhibur di George Town dekat sini, sebelum tersilap jalan ketika mencari laluan ke lebuh raya.

Zulkifli berkata kereta dipandu lelaki yang masih hilang itu dikatakan berhenti di hadapan pintu masuk pusat pemeriksaan keselamatan PPSB sebelum tiba-tiba memecut laju ke arah dermaga yang terletak di belakang pusat berkenaan.

“Mereka dikatakan berjaya melepasi pusat pemeriksaan kerana ketika itu palang penghadang laluan dinaikkan berikutan sekumpulan pekerja syarikat pembinaan sedang menjalankan kerja-kerja menyelenggara pusat terbabit,” katanya.

Sepasukan anggota polis dibantu Unit Scuba Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Pasukan Gerakan Marin terlibat dalam operasi mencari lelaki terbabit.

“Selepas empat jam usaha mencari dan menyelamat, kita hanya menemui kereta Proton Wira, lelaki itu bagaimanapun gagal dikesan,” katanya.

Beliau berkata semasa operasi berkenaan, pihaknya menemui mayat seorang lelaki lain yang identitinya masih belum dikenal pasti.

“Polis membawa rakan mangsa ke tempat kejadian untuk mengenal pasti mayat yang ditemui, bagaimanapun mereka menafikan itu rakan mereka,” katanya.

Zulkifli berkata empat lelaki berkenaan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.