Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KO MASUK DALAM DULU, NANTI BOLEH JUMPA HASSAN

Khamis, 2 Februari 2012

Khir: Kes rasuah saya pertama di Malaysia...memang la wak .....!!!!

Bagaimanapun, bekas Menteri Besar Selangor yakin beliau tidak bersalah.
 
SHAH ALAM: Dr Mohd Khir Toyo yang dijatuhkan hukuman penjara setahun berkata, kes itu  adalah yang pertama di Malaysia.

Katanya, ia juga pertama kali untuk Britain dan India – kedua-duanya negara Komanwel seperti Malaysia.

Bekas Menteri Besar Selangor berkata, beliau didakwa di bawah Akta Kanun Jenayah 165 iaitu memiliki harta dengan harga mewah dari harga sebelumnya.

Pada 22 Disember lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohtarudin Baki menjatuhkan hukuman tersebut kerana mendapati Dr Khir bersalah mendapatkan untuk diri dan isterinya dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai 6.5 juta ringgit dengan harga 3.5 juta ringgit – empat tahun lalu. Mahkamah turut merampas dan melucutkan hak harta itu kepada Kerajaan Malaysia.

Hukuman penjara dikenakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan manakala perintah melucut hak di bawah Seksyen 36 (1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997. Bagaimanapun, Dr Khir telah membuat rayuan terhadap hukuman tersebut.
Yakin tidak bersalah
 
Bercakap dalam pertemuan di pejabatnya di sini petang semalm, Dr  Khir berkata, beliau yakin beliau tidak bersalah kerana ia bukan rasuah.

“Rumah itu berharga RM6 juta dan bukan RM24 juta seperti dakwaan. Rumah  itu saya beli dari rumah separuh siap. Rumah itu dirobohkan dan dibina semula.

“Saya buat pinjaman bank RM3 juta untuk membinanya yang lengkap dengan perabut. “Adakah harga RM6.5 juta itu terlalu mahal? Penilaian itu dibuat oleh penilai profesional,” terang Dr Khir.

Memandangkan kes itu masih dlam proses rayuan, peguamnya menasihatkan beliau tidak bercakap lagi mengenai perkara itu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.