Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENTERI PANTAU AUKU

Menteri akan pantau varsiti awam apabila AUKU dipinda

February 27, 2012
KUALA LUMPUR, 27 Feb — Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin sendiri akan mengkoordinasi undang-undang baru yang melibatkan penglibatan mahasiswa dalam politik selepas ianya dibentangkan bulan depan bagi memastikan tidak berlakunya pentafsiran yang keterlaluan.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pemantauan itu perlu walaupun undang-undang membenarkan mahasiswa menjadi ahli kepada parti politik yang aktif, politik tetap tidak dibenarkan daripada kampus universiti.

“Kebebasan asasi seharusnya diinterpretasikan dengan betul sementara perkara yang menghadkan hak yang dijamin seharusnya dibaca dengan teliti,” katanya dalam satu temuramah baru-baru ini dengan The Malaysian Insider, memetik kata-kata Tan Sri Gopal Sri Ram.

Datuk Seri Najib Razak tahun lalu berkata kerajaan akan menggugurkan pengharaman terhadap penyertaan pelajar di dalam politik, sebagai sebahagian daripada reformasi dalam pentadbiran beliau, dan pindaan berkenaan akan dibentangkan untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU), bagi membenarkan mahasiswa berumur 18 tahun ke atas aktif berpolitik.

Perdana menteri bagaimanapun menegaskan di bawah undang-undang itu, politik masih lagi diharamkan dalam kampus universiti.

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang telah menjadi penasihat kepada politik mahasiswa, telah mengkritik pindaan tersebut sebagai tidak menyeluruh, dan berkata itu menunjukkan pentadbiran Najib tidak ikhlas untuk menegakkan keadilan umum.

Tambah Saifuddin, walaupun pembangkang mahukan AUKU dimansuhkan, ia sepatutnya tidak mempunyai sebarang masalah bagi kedua-dua pihak untuk bersetuju terhadap pindaan berkenaan “buat masa sekarang”.

“Semangat terhadap pindaan untuk universiti mengamalkan demokrasi yang lebih progresif. Menteri akan menasihati pentadbiran sebaik sahaja pindaan itu diluluskan,” katanya.

Saifuddin berkata, sebahagian universiti awam juga akan melakukan pindaan terhadap perlembagaan dan polisi mereka supaya selari dengan pindaan Seksyen 15.

Section 15(5)(a) AUKU menyatakan: “Tiada mahasiswa universiti, dan organisasi, badan, atau kumpulan pelajar universiti, selaras dengan kehendak Perlembagaan, melakukan sebarang tindakan yang boleh diklasifikasikan sebagai menyokong mana-mana parti politik, sama ada di dalam mahupun di luar Malaysia.”

“Saya tahu di asrama universiti awam, terdapat ‘Akujanji’ saya tidak akan menyokong mana-mana parti kecuali parti kerajaan.”

“Perkara itu salah, jadi beberapa perubahan perlu buat,” katanya. Ahli Parlimen Temerloh ini berkata pindaan terbaru ini hanya melibatkan Seksyen 15 AUKU, dan 60 peratus daripada peserta dalam sesi rundingan awam yang dianjurkan kementeriannya mahukan pindaan berbanding pemansuhan.

“Kebanyakan mereka mahu ia dipinda, manakala minoriti, kumpulan yang vokal mahukan ianya digugurkan. Buat masa sekarang, apa yang kita boleh laksanakan adalah pindaan,” katanya namun tidak menolak fakta akan berlakunya perubahan pada masa hadapan.

“Ia bukanlah sesuatu yang rasmi, tapi berdasarkan perbincangan tersebut, terdapatnya keperluan untuk menyemak semula kuasa autoriti naib canselor termasuk peruntukan yang tidak membenarkan pelajar mendapatkan bantuan guaman apabila mereka melakukan pelanggaran disiplin.

“Tapi perkara itu akan dibincangkan kemudian.”
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.