Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEBENARNYA ORANG CINA SENDIRI TAK PERCAYA DENGAN MCA

ORANG CINA MCA SENDIRI PERLU SEDAR BAHAWA PAS SENTIASA MERINTIS ORANG CINA MCA  KERANA MEREKA MEMUSUHI ISLAM  SEPERTI PRESIDEN DIA MAKLUMKAN, DAN KITA SENTIASA MENGHIDU JENIS CINA DI NEGARA INI, INI KERANA FAHAMAN KECINAAN KAMU SAMA SEPERTI FAHAMAN KEMELAYUAN YANG ADA DIDALAM UMNO, KAMU JANGAN CUBA HENDAK TEGASKAN PENDIRIAN KAMU KEPADA KAMI UNTUK MEMBERI KAMI PANAS HATI TERHADAP KAMU

Thursday, February 2, 2012

Amoi ini kata Cina hanya pura-pura sokong Pas ?? - Dicatat oleh Tuk Kiyai

 
 
[SH] KLANG – MCA menganggap sokongan Cina terhadap Pas hanya sementara kerana mengetahui mereka tidak mampu memajukan ekonomi bangsa itu dan pada masa yang sama melaksanakan dasar mendiskriminasikan golongan wanita .

Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata, orang Cina telah tersedar dari mimpi indah dan janji-janji yang ditaburkan parti Islam itu sebenarnya tidak memberi manfaat kepada bangsanya.


“Pas banyak tabur janji kepada orang Cina daripada bekerja kuat membuktikan mereka berjaya melaksanakan apa yang dijanjikan dan ini dapat dilihat pemerintahannya di Kedah dan Kelantan. Mereka tidak boleh menipu kami setiap masa dengan kenyataan untuk menyedapkan mulut.


“Mereka perlu sedar, orang Cina mahu pembangunan dalam ekonomi sedangkan Pas tidak mempunyai kemahiran itu. Atas sebab itu Barisan Nasional (BN) menjadi pilihan, bukan Pas ataupun Pakatan,” katanya selepas membuat lawatan ke Galeri DiRaja Sultan Abdul Aziz, semalam.


Hadir sama, Tengku Indera Pahlawan DiRaja, Datuk Tengku Putra al-Haj Tengku Bendahara Azman Shah al-Haj dan Pengerusi Penyelaras BN Parlimen Klang, Datuk Teh Kim Poo.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Raub berkata, Pas perlu sedar, orang Cina tidak sepenuh hati menyokong mereka dan kerjasama parti itu dengan DAP juga dilihat satu lakonan untuk mendapatkan kuasa serta menang pilihan raya sahaja.


Lebih tepat, menurutnya, orang Cina hanya berpura-pura menyokong Pas kerana parti itu tidak boleh dipercayai dan ini dapat dilihat apabila gagal berbuat demikian pada orang Melayu.


“Di Kedah, orang Cina masih sakit hati apabila dilarang mengusahakan ladang khinzir dan Pas seolah-olah memilih makanan mana yang boleh makan, mana yang tidak boleh kepada kami. Isu ini belum selesai dan ia menunjukkan Pas gagal di negeri berkenaan.


“Bukan itu sahaja, kami melihat Pas tidak banyak membantu kehidupan seharian dan dasarnya yang mahu melaksanakan hudud dan pada masa yang sama, DAP menentang, menunjukkan kedua-dua parti itu tidak ada persefahaman,” katanya.


Yen Yen berkata, cukuplah dengan pura-pura itu.


Mengulas mengenai kenyataannya yang Pas gagal memartabatkan kedudukan golongan wanita, beliau berkata, parti itu sejak sekian lama mahu wanita tinggal di rumah dan tidak pernah mengiktiraf dalam arus pembangunan negara.


“Pernah lihat Pas memberi bantuan kewangan kepada sekolah jenis kebangsaan Cina? Itu sudah cukup mempersoalkan sumbangannya kepada orang Cina,” katanya.


Mengulas mengenai janji parti Islam itu mahu melunaskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Yen Yen berkata, ia jelas menunjukkan Pas bukan sahaja tidak bertanggungjawab dan mengambil jalan mudah mendapat undi, malah bukti mereka tidak mampu menguruskan kewangan dengan baik sekiranya berjaya mengambil alih Putrajaya.


“Pas mahu kerajaan yang mereka tubuhkan nanti, setiap hari kerjanya mencetak wang untuk menampung perbelanjaan pelajar berkenaan,” katanya.


P/s: Orang Cina Kelantan dah 20 tahun sokong Tok Guru....Adakah itu masih berpura-pura lagi
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.