Friday, August 31, 2012
PANAS!!!!!SILA KEMASKAN DAN BERAMBUS KELUAR DARI PEJABAT PEGUAM NEGARA WAHAI GHANI PATAIL!!! - Written By canang
SILA KEMASKAN DAN BERAMBUS KELUAR DARI PEJABAT PEGUAM NEGARA WAHAI GHANI PATAIL!!!
Yang sangat pasti, bermula hari ini akan ada beratus-ratus kalau tidak pun beribu-ribu laporan polis yang akan dibuat di seluruh Malaysia ekoran peserta JANJI BERSIH di Dataran Merdeka, mengibarkan dan berkempen bendera mirip Bendera Rakyat AMCJA dan PUTERA pada tahun 1947 untuk menggantikan Jalur Gemilang yang sudah menjadi Bendera Malaysia semenjak tahun 1957 .
Setakat itu sahajalah yang mampu dilakukan. Kesudahannya tidak akan ke mana-mana kerana halangan terbesar yang berlaku di negara ini untuk memastikan negara ini berada dalam keadaan aman adalah PEGUAM NEGARA!
Ambil sahaja contoh penangkapan mereka yang terlibat dalam kekacauan siri BERSIH sehingga BERSIH 3.0. Walaupun PDRM telah menyerahkan fail kepada Pejabat Peguam Negara, tiada sebarang tindakan pendakwaan dilakukan, sebaliknya semuanya dibebaskan walaupun secara sah dan terang, memang wujud kekacauan dan mereka yang ditangkap serta diberkas oleh PDRM itu memang terlibat berdasarkan bukti-bukti visual dan saksi.
Apa yang berlaku malam tadi di Dataran Merdeka, sebenarnya jauh lebih menyedihkan. Apakan tidak, Hishamuddin Rais yang suatu ketika dahulu, cukup terkenal dengan pemikiran Sosialisme yang condong kepada Komunisme, giat berkempen tentang Sang Saka Tanah Melayu kononnya bagi menggantikan Jalur Gemilang, tanpa sebarang masalah, biarpun sebenarnya kempen tersebut adalah bersifat subversif.
Tanah Melayu secara keseluhan tidak pernah mempunyai bendera rasmi. Dari zaman Langkasuka sehinggalah ke zaman British, Tanah Melayu terdiri daripada pelbagai negeri yang mempunyai benderanya yang tersendiri dan terasing. Apabila tiba zaman British, Tanah Melayu terbahagi kepada Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu iaitu Pahang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan serta Negeri-Negeri Selat iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dan setiap fraksi mempunyai bendera mereka yang berbeza-beza.
Bagaimanapun, pada tahun 1905 sehingga 1950, terdapat sebuah bendera yang digunakan untuk memperkenalkan Tanah Melayu biarpun bendera yang sinonim dengan dunia Melayu adalah Merah Putih yang sekarang ini digunakan oleh Indonesia.
Kita boleh meletakkan seluruh kesalahan kepada Peguam Negara yang ternyata sangat lembik menangani pelbagai masalah perundangan di negara ini. Sudah terlalu ramai penjenayah politik yang terlepas begitu sahaja walaupun wujud bukti-bukti sahih dan nyata.
Entah apa yang merasuk Peguam Negara dan pejabatnya sehinggakan mereka membiarkan kebebasan melakukan apa-apa sahaja atas nama politik di negara ini, bahkan sanggup memejam mata atas segala kerosakan dalam masyarakat Malaysia yang disebabkan onar Anwar Ibrahim, tanpa sebarang tindakan undang-undang.
Bendera Rakyat AMCJA-PUTERA 1947
Sekarang sudah terbukti, memang ada gerakan ingin menjadikan negara ini sebagai Negara Komunis acuan AMCJA dan PUTERA menerusi bendera yang mahu diubah. Hishamuddin Rais sudah pun menunjukkan belangnya kerana tiada tindakan yang dikenakan kepadanya selama ini . Kalaupun ditangkap dan ditahan, 'bantuan' daripada Pejabat Peguam Negara membenarkannya lepas bebas.
Atau barangkali pada pandangan Pejabat Peguam Negara dan Peguam Negara sendiri, ini masalah remeh temeh yang hanya menyusahkan jikalau fail dibuka dan individu berkenaan diheret ke muka pengadilan?
Barangkali tidak keterlaluan jugalah seandainya Akta 114A yang kontroversi itu sebenarnya hanyalah untuk memudahkan kerja Peguam Negara.
Kalau sudah bendera, lagu kebangsaan dan sebagainya ingin diubah, tidakkah Peguam Negara juga perlu diubah? Setelah Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh mahu mengubah segala struktur negara ini, bukankah Peguam Negara juga ada dalam senarai pengubahan itu?
Apatah lagi memang ramai benar yang mahu Peguam Negara melepaskan jawatan dan digantikan dengan Peguam Negara lain yang lebih berani bertindak mempertahankan undang-undang di negara ini, bukannya terikut-ikut dengan budaya kebebasan kononnya!
Gantikan Jalur Gemilang dengan Bendera Sang Saka Tanah Melayu... apa kata kalau gantikan Peguam Negara sekarang dengan Peguam Negara baru terlebih dahulu?
0 orang berkata:
Post a Comment