Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

[BERGAMBAR] TERKINI! Kuning Sudah Mula Melimpah, Dataran Merdeka Dikepung! (updated)


Penyelaras serta aktivis Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim mengatakan bahawa seluruh jalan menuju Dataran Merdeka kini sudah dikepung polis!

Beliau yang memberitahu perkara tersebut menerusi laman sosial Twitter berkata, laluan masuk dari Masjid Negara menuju dataran tersebut sudah ditutup dan hanya boleh dilalui dengan berjalan kaki sahaja.

Haris juga memberitahu kehadiran anggota polis diperhatikan lebih ramai daripada biasa, petanda jelas bahawa sekali lagi polis diperalatkan pemimpin Umno-APCO untuk menghalang sambutan 'Janji Demokrasi' yang dijadualkan jam 11 malam nanti.

Sementara iru, jurucakap Gabungan Janji, Hishamuddin Rais, berkata perhimpunan “Janji Demokrasi” akan tetap diteruskan walaupun polis tidak membenarkan mereka berhimpun di Dataran Merdeka.

Katanya, pihaknya tidak akan melanggar arahan polis supaya tidak berhimpun di Dataran Merdeka, sebaliknya berkata mereka akan menyambut Hari Kemerdekaan di mana-mana sahaja di sekitar Kuala Lumpur dengan baju kuning.

“Jika perjalanan ke Dataran Merdeka tersekat dan hanya sampai di Chinatown (Jalan Petaling), kita akan sambut hari kemerdekaan di Chinatown,” katanya lagi.

“Kita mahu kalau boleh, ramai orang akan memakai baju kuning dan kelihatan di mana-mana sebagai tanda sokongan kepada demokrasi.”

Menurutnya, pihaknya sudah menjangka bahawa pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan perhimpunan Janji Demokrasi berlangsung di Dataran Merdeka.

Sementara itu, menurut pengerusi komuniti Selamatkan Jalan Sultan, Stanley Yong, berkata, mereka tidak menerima apa-apa amaran dari pihak polis berkenaan acara mereka.

“OCPD telah jumpa saya dua kali, dan kami menerangkan bahawa kami akan berarak di Jalan Sultan dan Jalan Petaling sahaja,” katanya. “Kita tidak akan berjalan hingga Dataran Merdeka. Dan kami akan bergerak secara berasingan (dengan Gabungan Bersih).

“Pihak polis berkata mereka akan menghantar kira-kira 10-15 anggota polis untuk mengawal laluan trafik di sekitar Jalan Sultan agar tidak terganggu, dan kami berterima kasih kepada pihak polis kerana memudahkan perarakan kami,” kata Stanley lagi.

Yong, yang juga pengerusi dewan perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), berkata, acara mereka akan bermula pada jam 8.00 malam di Gospel Hall, Jalan Hang Jebat, sebelum mula berarak pada jam 8.30 malam, melalui Jalan Sultan dan Jalan Petaling sebelum berakhir di bekas perhentian bas Klang, yang kini merupakan tapak pembinaan stesen MRT Pasar Seni.

Polis mengumumkan perhimpunan Janji Demokrasi malam ini bertentangan dengan undang-undang.

Anggota jawantankuasa penganjur, Maria Chin Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan bahawa Ketua Polis Daerah (OCPD) Dang Wangi, Zainuddin Ahmad, hari ini mengirimkan surat rasmi memaklumkan perkara itu kepadanya. -jalanpulang

Janji Demokrasi: Berhimpunlah di mana sahaja

KUALA LUMPUR: Gabungan Janji akan tetap merayakan sambutan ambang merdeka 'Janji Demokrasi' malam ini meskipun tidak berhimpun di Dataran Merdeka seperti perancangan asal.

Jurucakapnya, Hishammuddin Rais berkata, Gabungan Janji tetap menyeru rakyat turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur dengan memakai pakaian kuning dan menyambut detik 12 tengah malam di mana-mana sahaja.

"Apa yang penting, Gabungan Janji mengajak seluruh rakyat beramai-ramai ke Kuala Lumpur, pakai baju kuning, keluar untuk bersantai, bukan untuk membuat kacau. Tak boleh masuk Dataran Merdeka, beradalah di kawasan sekitar.

"Jadi berkumpullah di mana-mana yang sempat untuk kita menyambut merdeka," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Polis hari ini menyerahkan surat rasmi kepada anggota jawantankuasa penganjur, Maria Chin Abdullah memberitahu perhimpunan 'Janji Demokrasi' di Dataran Merdeka malam ini menyalahi undang-undang negara.

Alasan yang diberikan polis kepada penganjur adalah kerana gagal memberi pemberitahuan bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi.

Selain itu, pihak polis juga membertahu, Gabungan Janji gagal memperoleh persetujuan daripada pemunya tempat perhimpunan, iaitu Dataran Merdeka bawah Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 dan menggugat persiapan yang dibuat untuk menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos.

Justeru Hishamuddin berkata, dalam mesyuaratnya malam tadi, plan alternatif telah ditetapkan jika perhimpunan tidak dibenarkan.

Namun katanya, bacaan puisi oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said akan tetap diteruskan walaupun tiada tempat yang spesifik.

"Kita tetapkan juga pembacaann puisi oleh Pak Samad tapi bergantung kepada beliaulah nak baca di mana. Kalau dalam LRT, dalam LRT lah bacaan puisi itu,"
katanya.- HD


Vuvuzela mula berbunyi di Kuala Lumpur

LANGSUNG Tidak cukup dengan larangan polis, Dataran Merdeka malam ini ditutup untuk sebarang aktiviti, sekali gus menyukarkan rancangan sekumpulan aktivis menjayakan himpunan "Janji Demokrasi" mereka.

Bagaimanapun, tidak jauh daripada itu, di Jalan Sultan, sekumpulan aktivis dan penduduk yang menentang pembinaan MRT di kawasan mereka sudah mula berkumpul.

Di Shah Alam pula, kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat juga berkumpul untuk sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dengan cara mereka tersendiri dengan tema alternatif "Sebangsa, Senegara, Sejiwa".

Berikut laporan langsung berkaitan:

11.25pm DATARAN Makin ramai peserta membajiri Dataran. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga kelihatan. Tiada sebarang campur tangan oleh pihak polis.

11:05pm SHAH ALAM Menteri besar membacakan sajak sasterawan negara Usman Awang berjudul 'Merdeka'. Orang ramai ketika ini dianggarkan kira-kira 2,000 memenuhi padang di Dataran Shah Alam sambil mendengar ucapan.

10.54pm DATARAN A Samad Said, Hishamuddin Rais dan Maria Chin Abdullah sampai ke Dataran diiringi 500 orang daripada Jalan Sultan. Hishamuddin umumkan A Samad akan membacakan puisi pada jam 11.45pm sebelum bersurai.

10:48pm SHAH ALAM Anwar berucap. Katanya, Selangor di bawah pentadbiran Khalid menekankan idea merakyatkan ekonomi supaya khazanah negeri dipulangkan kepada rakyat.

10.40pm DATARAN Ketika ini dianggarkan hadirin bertambah mencecah ke angka 5,000 apabila ramai hadirin yang rata-ratanya memakai baju kuning membanjiri persimpangan jalan TAR-Tun Perak. Mereka meniupkan Vuvuzela tanpa henti.

Kenderaan mula bergerak perlahan-lahan. Penyokong tidak menggangu laluan. Mereka berada di kri kanan persimpangan tersebut.

10.05pm SHAH ALAM Perbarisan dan perarakan bermula. Perbarisan ini disertai oleh 53 kumpulan perbarisan antaranya pihak berkuasa tempatan dan tujuh kumpulan pancaragam.

Selain Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan Penasihat Ekonomi SelangorDatuk Seri Anwar Ibrahim, turut kelihatan barisan exco dan pemimpin Pakatan Rakyat.

9.50pm DATARAN Dianggarkan 1,500 hadirin telah memasuki kawasan Dataran Merdeka. Ketika ini masih belum kelihatan pemimpin politik atau penganjur. Manakala DBKL pula telah memasang selapis lagi pagar merentangi jalan berdekatan pentas sambutan merdeka.

9.40pm DATARAN Orang ramai mula berpusu-pusu menghampiri dan kelihatan ceria sambil meniup vuvuzela.

9.45pm JALAN SULTAN Peserta yang hadir semakin ramai. Mereka berbaris membuat perisai manusia sepanjang jalan daripada Lok Ann Hotel ke tapak bekas Stesen Bas Klang yang dirobohkan baru-baru ini.

9.10pm SHAH ALAM Kira-kira 500 orang sudah memasuki kawasan Dataran Kemerdekaan Shah Alam yang diwarnai mood karnival apabila aktiviti nyanyian oleh artis kebudayaan sebuah majlis perbandaran dimulakan.

8.55pm DATARAN Orang ramai mula memasuki kawasan berdekatan dengan dataran merdeka. Di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad berdekatan pentas, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memasang pagar merintangi menutup jalan di hadapan bangunan itu.

DBKL melalui arahan Datuk Bandar juga meletakkan papan tanda berbunyi "Kawasan ini ditutup untuk semua aktiviti" . -mk







































Akan dikemaskini sentiasa


0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.