Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jawapan polis bukti statistik jenayah tidak berkredibiliti, kata Pua

TERKINI @ 03:22:37 PM 29-08-2012
August 29, 2012
 
KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Setiausaha publisiti DAP, Tony Pua (gambar) hari ini berkata, penafian yang dilakukan oleh polis mengenai tuduhan berlakunya manipulasi data dalam statistik jenayah membuktikan bahawa data jenayah kerajaan tidak berkredibiliti.

Minggu lalu satu surat tanpa nama dikatakan ditulis oleh seorang polis menggunakan nama ‘Sumun Osram’ mendakwa kes-kes jenayah dimanipulasi dengan menggunakan metodologi “jenayah bukan indeks” dan tidak dimasukkan dalam statistik kadar jenayah yang dikeluarkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU).

Di Malaysia polis mengelaskan jenayah kepada dua kategori, indeks dan bukan indeks.

Jenayah indeks dianggap jenayah serius manakala jenayah bukan indeks dianggap tidak begitu serius.

Pihak polis semalam menafikan tuduhan itu dengan mengatakan bahawa “jenayah keseluruhan (Indeks Non-Index +) sebenarnya telah berkurangan pada tahun 2010, 2011 dan 2012.”

“Jika sememangnya tiada manipulasi data seperti yang didakwa oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM), bagaimana lagi mereka boleh jelaskan trend berbeza antara indeks dan bukan indeks jenayah?” tanya Pua.

Menggunakan statistik jenayah yang disediakan oleh pihak polis, Pua berkata indeks  jenayah telah menurun 24.7 peratus  dari 2007 ke 2011, manakala bukan indeks jenayah telah meningkat 68.7 peratus berbanding tempoh yang sama.

“Apa yang lebih menonjol lagi adalah ‘non-crime index’ [jenayah bukan indeks] telah meningkat secara tahunan dari jumlah jenayah keseluruhannya sejak 2007, berdasarkan data PDRM.

“Dalam keadaan normal, jika keadaan jenayah di negara ini bertambah baik seperti yang dikatakan oleh pihak berkuasa, maka kedua-dua indeks dan bukan indeks kes jenayah perlu menunjukkan trend menurun,” kata Pua.

Bulan lepas, PEMANDU mempertahankan diri mereka daripada kritikan awam selepas peristiwa insiden jenayah yang seolah-olah bercanggah dengan imej dikeluarkan oleh statistik jenayah.

Agensi tersebut, bersama-sama dengan polis dan Kementerian Dalam Negeri, telah terus dengan dakwaan mereka bahawa kadar jenayah di negara ini telah merosot dengan ketara sejak inisiatif di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) dimulakan dua tahun lalu.

Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pengurangan jenayah bagi PEMANDU, Eugene Teh Julai lalu mengeluarkan statistik menunjukkan bahawa indeks jenayah di Malaysia menurun sebanyak 10.1 peratus dari Januari hingga Mei tahun ini berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas.

PEMANDU sebelum itu telah mengeluarkan angka untuk menunjukkan penurunan indeks jenayah sebanyak 11.1 peratus dari 2010 sehingga tahun lalu manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus pada tempoh sama.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.