Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Gabungan Janji: Perhimpunan diteruskan walau gagal masuk Dataran Merdeka

August 30, 2012
 
KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Jurucakap Gabungan Janji, Hishamuddin Rais, berkata perhimpunan “Janji Demokrasi” akan tetap diteruskan walaupun polis tidak membenarkan mereka berhimpun di Dataran Merdeka.

Katanya, pihaknya tidak akan melanggar arahan polis supaya tidak berhimpun di Dataran Merdeka, sebaliknya berkata mereka akan menyambut Hari Kemerdekaan di mana-mana sahaja di sekitar Kuala Lumpur dengan baju kuning.

“Jika perjalanan ke Dataran Merdeka tersekat dan hanya sampai di Chinatown (Jalan Petaling), kita akan sambut hari kemerdekaan di Chinatown,” katanya lagi.

“Kita mahu kalau boleh, ramai orang akan memakai baju kuning dan kelihatan di mana-mana sebagai tanda sokongan kepada demokrasi.”

Menurutnya, pihaknya sudah menjangka bahawa pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan perhimpunan Janji Demokrasi berlangsung di Dataran Merdeka.

Sementara itu, menurut pengerusi komuniti Selamatkan Jalan Sultan, Stanley Yong, berkata, mereka tidak menerima apa-apa amaran dari pihak polis berkenaan acara mereka.

“OCPD telah jumpa saya dua kali, dan kami menerangkan bahawa kami akan berarak di Jalan Sultan dan Jalan Petaling sahaja,” katanya. “Kita tidak akan berjalan hingga Dataran Merdeka. Dan kami akan bergerak secara berasingan (dengan Gabungan Bersih).

“Pihak polis berkata mereka akan menghantar kira-kira 10-15 anggota polis untuk mengawal laluan trafik di sekitar Jalan Sultan agar tidak terganggu, dan kami berterima kasih kepada pihak polis kerana memudahkan perarakan kami,” kata Stanley lagi.

Yong, yang juga pengerusi dewan perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), berkata, acara mereka akan bermula pada jam 8.00 malam di Gospel Hall, Jalan Hang Jebat, sebelum mula berarak pada jam 8.30 malam, melalui Jalan Sultan dan Jalan Petaling sebelum berakhir di bekas perhentian bas Kelang, yang kini merupakan tapak pembinaan stesen MRT Pasar Seni.

Polis mengumumkan perhimpunan Janji Demokrasi malam ini bertentangan dengan undang-undang.

Anggota jawantankuasa penganjur, Maria Chin Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan bahawa Ketua Polis Daerah (OCPD) Dang Wangi, Zainuddin Ahmad, hari ini mengirimkan surat rasmi memaklumkan perkara itu kepadanya.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.