Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KERJA BODOH DAN SABOTAJ

31/08/12

Tukar Bendera: Anwar Nafi Agenda Pembangkang


PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat menafikan pembangkang mendalangi perbuatan tidak bertanggungjawab berhubung penyebaran risalah menukar Jalur Gamilang di ambang Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ke-55.

Malah Ketua Pembangkang itu dalam nada tegas menempelak pihak yang mengaitkan perbuatan berkenaan dengan gabungan parti pembangkang."Tiada keputusan seumpama itu dibuat oleh Pakatan Rakyat. Mengapa harus putar belit?" katanya yang dipetik menerusi akaun Twitter.

Anwar berkata demikian bagi menjawab pertanyaan seorang pengikutnya di laman sosial tersebut yang meminta beliau menjelaskan mengapa pembangkang mahu mengubah bendera kebangsaan selepas 55 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.

Pada sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka pada Khamis malam, sekumpulan individu tidak bertanggungjawab mengedarkan risalah agar memilih bendera mirip kepunyaan republik Singapura dan Indonesia dengan warna merah dan putih namun mengekalkan lambang bulan dan bintang yang bewarna kuning seperti Jalur Gemilang.

Risalah berkenaan dipercayai diedarkan peserta 'Janji Demokrasi' anjuran beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu negara.Pada bahagian bawah risalah itu turut dicetak logo kemerdekaan yang digunapakai pembangkang dengan tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'.

Mengulas lanjut Anwar sebaliknya mendakwa perbuatan berkenaan merupakan maintan politik Umno untuk memburukkan pembangkang.

"Ia bukan cadangan Pakatan Rakyat. Waspada dengan mainan Umno mengalih isu rasuah dan kezaliman," katanya menjawab persoalan sama yang dibangkitkan pengikutnya di Twitter. - mStar

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.