Pemuda Pas marah kat pesta seks bebas
Nurul | Aug 30, 2012 | Comments 0
0
0
Pemuda PAS hari ini mengecam keras pesta bikini ‘Wet and Mad Wednesday’ yang dipromosikan secara terbuka anjuran kelab malam The Pool di Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan diadakan pada malam ini.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Nik Abduh Nik Aziz berkata, pihaknya menganggap acara ini sebagai pesta seks kerana penganjur tanpa segan silu turut menggalakkan wanita berpakaian seksi dengan mensyaratkan kod berpakaian ghairah termasuk pakaian renang.
“DPPM menganggap acara ini sebagai pesta seks secara terbuka dan terang-terangan yang wajib ditentang oleh semua umat Islam.
“Lebih menyedihkan kerana aktiviti ini bukan dianjurkan di negara
Barat, tetapi ia sudah bertapak di negara ini.
“DPPM menganggap penganjur telah menghina agama Islam serta mencarik adab serta norma kehidupan manusia. -FMT-Umat islam majoriti memang menentangnya. Aku tak berani guna word semua umat islam malaysia. Sebab memang wujud umat islam yang menyokong aktiviti2 seperti neh atas sebab2 tersendiri. Tetapi belum tentu orang bukan islam akan sokong pembantahan oleh pemuda pas ini. Sudah tentu aku senada dengan pemuda pas tetapi aku berharap agar pas lebih terbuka dalam menyuarakan satu2 bantahan.
Pandangan ikhlas aku ;
1. Siasat dulu siapa penganjur event neh. Event neh dipercayai sedang berlangsung.. dijadualkan malam neh. Dorang sedang seronok berbikini2 tue..
2. Lepas dah siasat penganjurnya.. boleh larh cuba sedaya upaya memastikan event neh TIDAK dihadiri oleh orang islam.
3. Walaupun aku sangat bersetuju event seperti neh tidak juga patut dihadiri oleh orang2 bukan islam tetapi buat masa sekarang aku rasa malu nak cakap begitu.. sebab apa? Daripada aku larang event neh baik aku cari jalan untuk pastikan umat islam yang menonong keluar kat tv, majalah dan sebagainya jaga akhlak, pakaian dan imej mereka terlebih dahulu.
Dalam pada kita pongpang2 nak membanteras aktiviti tidak bermoral bukan islam kadangkala kita terlupa aka tak sedar diri yang umat islam sendiri masih banyak yang terabai. Selesaikan kes ikut tingkat keutamaan. Bukan pula aku menyokong kepada aktiviti2 seperti neh bahkan aku percaya orang2 bukan islam yang mempunyai kepercayaan atau ada agama juga tidak akan bersetuju dengan event seperti itu.. tetapi macam aku sebut tadi.. selesaikan kes ikut tingkat keutamaan..
Jika ada umat islam yang lalai bertembung dengan bukan muslim yang liar.. siapa yang perlu kita pimpin dulu? Faham bukan? Walaupun kelab malam itu tidak patut menganjurkan pesta maksiat tetapi jika ia menganjurkan untuk orang2 bukan islam.. apa jek kita nak cakap? Mereka bukan islam so pesta bikini ke seks bebas ke apa ke nak kesah apa ? Halal atau haram tidak terpakai untuk mereka bukan?
Sama macam kes babi dan arak. Kita tak boleh makan babi, tak boleh minum arak, tetapi larangan neh tidak terpakai untuk masyarakat bukan beragama islam. Ia khusus untuk orang islam semata2. Jika pas boleh mengasingkan hudud dengan mengatakan ia hanya untuk orang islam semata2, apa sebab pas tak boleh berfikir bahawa halal dan haram dalam islam itu juga terpakai untuk orang islam semata2?
Aku taktau. Sejujurnya aku tak pasti sejauh mana umat islam terlibat dalam event neh. Jika ada, aku mohon JAKIM atau sesiapa yang berkuasa dalam jabatan agama, pergi tangkap. Jika tiada, aku berharap kita belajarlah berlapang dada dan menghormati hak2 orang bukan islam. Ingatlah, suasana seperti neh bukan suasana yang baru..ia dah lama diwujudkan sejak bn mentadbir negara neh. Dan sesuatu seperti neh sebenarnya perlukan strategi yang berkesan supaya kita tidak dilihat terlalu ekstrem pada perkara yang bukan pada tempatnya. Sekian.
0 orang berkata:
Post a Comment