Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

OCPD: ‘Janji Demokrasi’ perhimpunan haram

August 29, 2012
KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Ketua Polis Daerah Dang Wangi, OCPD Zainuddin Ahmad hari ini berkata, Gabungan Janji telah gagal memberi notis 10 hari sebelum perhimpunan ‘Janji Demokrasi’ yang dirancang akan berlangsung di Dataran Merdeka pada malam ambang merdeka menjadikan perhimpunan tersebut sebagai perhimpunan haram.

Menurut Zainuddin, Dataran Merdeka akan ditutup pada malam itu untuk persiapan upacara perarakan Hari Kebangsaan ke-55 yang akan berlangsung di situ.

“Semua acara Himpunan 55 Tahun Merdeka akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, dan tidak ada apa-apa aktiviti akan berlangsung di Dataran Merdeka.

“Dan sekiranya mereka (Gabungan Janji) mahu melakukan aktiviti di situ, mereka perlu minta permit 10 hari lebih awal dengan pihak polis.

“Dan setakat ini mereka tidak melakukannya, dan dari situ mereka telah gagal untuk mendapatkan permit,” kata OCPD Zainuddin lagi.

Aktivis Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang juga pengarah eksekutif Pusat Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Maria Chin Abdullah telah dipanggil oleh OCPD Dang Wangi dipercayai berkenaan dengan program NGO Gabungan Janji yang akan berhimpun di Dataran Merdeka dan beberapa negeri lain pada malam ambang merdeka.

Gabungan Janji dianggotai oleh 47 NGO dan Empower adalah salah satu daripada anggotanya.
Pada 30 Ogos ini, di malam ambang kemerdekaan Gabungan Janji akan berhimpun di Dataran Merdeka dengan berbaju kuning.

Dalam sidang akhbar Jumaat lalu, Gabungan Janji memberitahu bahawa perhimpunan pada malam ambang kemerdekaan akan turut diadakan di negeri lain seperti Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Sasterawan negara, Datuk A Samad Said yang juga pengerusi bersama Bersih dijangka akan membaca puisi pada malam itu.

Perhimpunan ini bertujuan untuk menuntut kerajaan menunaikan lapan tuntutan Bersih seperti pembersihan daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal, kempen pilihan raya sekurang-kurangnya 21 hari, akses media yang adil kepada semua, pihak kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.