Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Himpunan Janji Demokrasi - Isu tukar bendera Jalur Gemilang.


Friday, August 31, 2012
Punyalah ramai orang yang hadir. Di anggarkan dekat 10,000 penyokong bersih berada di dataran ketika ini. Laporan neh aku amek dari malaysiakini. 10,000 bukan seratus orang oke. 10,000. Aku ulang balik

10,000 orang.


Tapi dalam 10,000 orang yang hadir tue ada juga yang buat slack. Bagi peluru hidup kat umno untuk buat karangan kat blog2 depa. Ini bukan beza pendapat beb. Ini namanya pecahbelahkan keputusan yang telah disepakati bersama.


Taknak ikut 100% arahan AJK JANJI DEMOKRASI takde hal. Kalau aku berada di tempat ko pun belum tentu aku patuh hundred percent. Tapi janganlah langgarlari persefahaman yang telah kita buat sebelum neh. Takde dalam plan pun nak buat benda mengarut tetapi kenapa benda mengarut juga ko buat. 


Apa pun aku minta kita seme menilai isu neh dengan mendalam. Belum terbukti seseorang yang pakai baju kuning berdarah kuning juga. Sesiapa pun boleh pakai baju kuning dan claimed dia penyokong kuning tetapi sejauh mana mereka benar2 kuning tak siapa boleh tahu..


Polemik terbaru yang sedang kecoh sekarang. Bab tukar bendera. 






1. AJK BERSIH dan penganjur janji demokrasi tidak pernah mengusulkan or menyokong kepada idea tukar bendera jalur gemilang kepada sang saka merah.


2. Aku tatau kenapa dorang buat begitu tetapi kumpulan dorang kecil dan dilihat terpencil.. di anggarkan lebih kurang dalam 10 orang.


3. Tiada bukti lagi setakat neh tetapi ada orang beranggapan yang kumpulan nak tukar bendera tue maybe kumpulan upahan seseorang.. Idea aku elok check betul2 sampai terbukti sahih.


4. Apa pun aku tak setuju langsung dengan isu tukar bendera.


5. Walaupun bendera kita ada persamaan dengan negara lain ia bukan perkara yang memalukan. Bukan berdosa pun bendera kita ada persamaan dengan U.S.A. Selain dari kita, banyak juga negara2 lain yang mempunyai persamaan bendera rasmi.


Niat kita berhimpun dan tukar kepimpinan ialah untuk ubah pentadbir yang telah corrupted di malaysia. Itu bagi penyokong PR. Bagi bersih pula, kita tiada niat nak tukar bendera ke apa ke bahkan tiada langsung dalam lapan tuntutan BERSIH menyatakan bahawa kita nak tukar BENDERA RASMI NEGARA. 


6. Benda yang dah lepas perlu kita belajar untuk terima, redha dan akur bahawa ia dah lepas. Ia sudah melalui satu tempoh dan tiada guna untuk kita ungkit mengungkiti.


7. Lagipun apa yang penting sekarang ialah ubah sistem pentadbiran negara, bukan ubah bendera. Tak rugi satusen pun kalau kekalkan bendera lama tetapi mungkin rugi kalau tukar bendera baru. Nak buat macam2 protokol remeh temeh dan tak pasal2 kena ubah itu neh.. 


8. Sekali lagi diperjelaskan bahawa janji demokrasi tiada kaitan dengan isu penukaran bendera. Ia tidak tertakluk dan tiada kaitan dengan apa yang BERSIH sedang perjuangkan.


Apa pun isu neh dah jadi modal untuk orang2 umno memburukkan himpunan janji demokrasi. Terima je lah dengan ahti yang terbuka. Akan datang kita perbaiki lagi. Ada masa. Yang pasti jamal anak yunus tak hadir malam  neh setelah beria2 ugut melalui akhbar..


kah kah kah 

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.