Wednesday, August 29, 2012
Kakitangan KTMB diupah RM30 untuk ke Himpunan Janji Dicapati
Semakin hampir dengan hari kemerdekaan, semakin terdesak nampaknya kerajaan UMNO/BN dalam menghimpunkan seramai mungkin rakyat Malaysia bagi menjayakan Himpunan Janji Dicapati.
Jika semalam telah beredar dialam cyber sekeping surat mengerahkan kakitangan DBKL untuk keprogram itu, hari ini terdedah pula bahawa kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) juga menjadi mangsa kerahan.
Kehadiran kakitangan DBKL adalah diwajibkan dan akan direkodkan menurut pekeliling yang beredar itu.. sila lihat di ( SINI )
Namun begitu kakitangan KTMB yang menjadi mangsa kerahan bolehlah dianggap lebih beruntung dari Mahasiswa yang menjadi mangsa kerahan itu.
Ini kerana Kakitangan KTMB dikatakan akan dibayar RM30 seorang berbanding Mahasiswa yang hanya dibayar RM20 seorang untuk ke himpunan itu.. sila baca di ( SINI )
KUALA LUMPUR 29 Ogos: Kerajaan Umno BN didedah mengerahkan kakitangan awam dan badan berkanun hadir ke sambutan Hari Kemerdekaan bagi menjayakan Himpunan Janji Ditepati yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Ogos ini.
Menurut sumber daripada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), surat pengerahan kakitangan mula dihantar melalui Unit Sumber Manusia dengan mewajibkan setiap jabatan menghantar wakil.
“Berdasarkan surat tersebut, KTMB diwajibkan menghantar 100 penyertaan dan setiap jabatan wajib hantar wakil.
“Mengikut surat itu, mereka akan diberikan RM30 dan sehelai t-shirt, tetapi tidak diketahui bila duit itu akan diberikan,” katanya .
Bagaimanapun kata beliau, sebagai balasan, mereka yang hadir akan diberikan cuti ganti sehari.
“Kalau ikutkan surat tersebut, pihak penganjur mahu capai ‘target’ lebih 100,000 hadir program itu,” katanya.
Pengerusi KTMB, Datuk Seri Ir Mohd Zain Mohamed merupakan Koordinator BN Selangor yang juga Ahli Parlimen Sepang.
Ramadan lalu, kakitangan KTMB dijadikan alat kempen kerajaan semasa program penyampaian kurma di beberapa stesen terpilih dengan memakai baju korporat BN.
Pada April pula, 30 bendera BN dipasang di Stesen Komuter Batu Tiga dan 10 lagi di Stesen Komuter Shah Alam.
Baru-baru ini, iklan kempen ‘Sayangi Selangor’ yang menampilkan gambar Datuk Seri Najib Razak mula ditampal di tangga, tiang dan gerabak komuter, terutama di laluan menghala ke Pelabuhan Klang.
Gambar Perdana Menteri itu diiringi slogan ‘Kami mendengar dan memahami keperluan anda tentang pendidikan’ dan ‘Kami mendengar masalah anda tentang kos sara hidup - Keadilan Daily
Kenapa jelas sangat terdesaknya Kerajaan UMNO/BN untuk memenuhkan himpunan Himpunan Janji Dicapati itu..
Selama ini apa yang kita dengar Najib sering berkata sokongan rakyat terhadap UMNO/BN semakin kukuh dan meningkat..
Kalau kukuh dan meningkat kenapa terdesak pula.. tak perlu dikerah.. rakyat akan turun tanpa kerahan jika benar apa yang Najib katakan itu...
0 orang berkata:
Post a Comment