Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, August 29, 2012

KENYATAAN MENTERI YG TAK MASUK AKAL ATAU DALAM ISTILAH BAHASA GUNA KEPALA LUTUT... KAH KAH KAH !

 
Kalau mengikut kata Pengerusi Gerakan Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri-ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh hari ini menyifatkan kenyataan Menteri Keselamatan Dalam Negeri  (MKDN) Datuk Seri Hishammuddin Hussein (DSHH) yang juga Sepupu kepada Perdana Menteri  Wassatiyah Datuk Seri Haji Najib (DSHN)... sebagai Tak Masuk Akal dan Tak Boleh Diterima bila DSHH mengatakan "pembebasan terhadap 12 tahanan ISA kerana mereka semua telah pulih dan tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara"... sedangkan menurut Pengerusi GMI "Bagaimana Menteri tersebut boleh mengatakan tahanan telah insaf sedangkan kesalahan mereka tidak pernah dibuktikan dan mereka tidak pernah diberi peluang untuk membela diri".

Tambah beliau lagi "ironinya kenyataan Menteri itu seolah-olah mengambarkan orang yang tidak bersalah tetapi telah insaf daripada kesalahan... GMI menuntut supaya Menteri Dalam Negeri untuk segera membebaskan 30 lagi tahanan ISA yang masih ditahan di Kem Tahanan Kamunting, mendedahkan secara terperinci proses pemulihan yang dilalui oleh tahanan semasa di kem tahanan, mendedahkan laporan keselamatan yang dijadikan penilaian untuk menentukan samada tahanan boleh dibebaskan atau tidak, dan menjelaskan apakah penyeksaan dalam tahanan juga merupakan proses pemulihan yang terpaksa dilalui tahanan". katanya dalam kenyataan media yang dikirim kepada MalaysiaInsider hari ini.

Sebab itu lah bila ada yang mengatakan Kadar Indek Jenayah Meningkat cepat-cepat Beliau dan Barua-Barua Beliau menafikan yang Kadar Indek Jenayah Meningkat... maka dicari lah berbagai Alasan untuk membetulkan apa yang Beliau dan Barua-Barua Beliau katakan... kalau alasan untuk membetulkan apa yang Beliau dan Barua-Barua Beliau katakan datang dari Luar Negara maka akan diguna pakai lah Alasan Tresebut dengan mengatakan Luar Negara pun mengatakan sedemikian... tetapi jika ianya dirasakan akan merugikan Kedudukan Beliau dan Umno/Bn maka dikatakan pula yang Luar Negara tidak memahami keadaan sebenar Dalam Negara... kah kah kah !.

Dulu gua ada mengatakan yang DSHH ni lebih layak menjadi Mneteri Wanita dan Pembangunan Keluarga... tapi apa nak buat beb sebab Sepupu beliau DSHN pun berkehendakan juga Jawatan Menteri Wanita tersebut... kah kah kah... maka kekal lah beliau dengan MKDN walaupun hasil kerja beliau mengalahkan Menteri Wanita yang terdahulu... lu orang kalau tak percaya cakap gua... lu boleh tanya sendiri dengan Penyokong-Penyokong Umno dikawasan Parlimen Semberong tempat beliau beb... tak payah lah lu orang nak tanya dengan Penyokong Pakatan Rakyat (PR) sebab mungkin nanti lu orang akan kata jawapan yang tak adil untuk beliau... jadi gua suruh lu orang tanya sendiri dengan Penyokong Umno/Bn disana... kah kah kah !. 


hemmmmm..... itu kalau mengikut kata pengerusi gmi lah... tapi kalau mengikut kata gua pulak kenyataan yang dikeluarkan oleh dshh tersebut lebih kepada menggunakan kepala lutut bila mengeluarkan sesuatu kenyataan... kah kah kah... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U. 
 
 
 
Mat Indera Sipejuang

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.