Mahkamah perlu dipersalahkan kerana perogol bawah umur bebas, kata bekas menteri
Oleh Debra Chong
August 29, 2012
KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Datuk Zaid Ibrahim hari ini menyalahkan Mahkamah Rayuan kerana membiarkan seorang lagi perogol remaja bawah umur bebas dari penjara, dengan berkata mahakamah telah melepaskan tanggungjawab untuk melindungi kanak-kanak.
Bekas menteri ‘de facto’ undang-undang itu merujuk kepada dua kes mahkamah membebaskan dua orang lelaki yang didapati bersalah mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur dari dihukum mandatori lima tahun penjara minimum serta sebatan dibawah seksyen 376(2) Kanun Keseksaan.
“Saya menyalahkan Mahkamah Rayuan dalam keadaan sebegini di negara ini, dengan menganggap kes rogol bawah umur sebagai kesalahan yang tidak serius,” kata Zaid dalam kenyataannya yang dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini.
Isu tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai selepas Mahkamah Sesyen membebaskan Chuah Guan Jiu, 22 tahun dengan ikat jamin RM25,000 selama tiga tahun walaupun didapati bersalah merogol kanak-kanak bawah umur di Pulau Pinang tahun lalu.
“Hakim, terutamanya di Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa untuk membuat keputusan berdasarkan budi bicara.
“Sesetengah lagi berdasarkan undang-undang yang sedia ada,” katanya dengan menambah bahawa hakim mempunyai kuasa untuk membebaskan pesalah pertama berdasarkan umur, kelakuan, kesihatan, keadaan mental dan sebagainya.
Undang-undang Malaysia menetapkan bahawa seks di bawah umur 16 tahun dikategorikan kes rogol bawah umur.
“Dengan keputusan sedemikian, itu adalah kesalahan yang serius.“Kanak-kanak perempuan kini sudah tidak mempunyai perlindungan di mahkamah,” kata Zaid.
Pengasas kepada Zaid Ibrahim & Co, firma undang-undang swasta terbesar negara, memberi amaran bahawa keputusan sedemikian akan menyebabkan ramai lagi yang “tidak bertanggungjawab” untuk melakukan jenayah sedemikian.
“Saya merasakan adalah penting untuk Mahkamah Rayuan menimbang semula keputusan ini,” katanya lagi, dengan menambah bahawa ini adalah ujian kepada kerajan untuk melindungi kanak-kanak dan wanita.
Kedua pesalah, pemain bowling negara Noor Afizal Azizan mestilah dikelaskan sebagai pedofil, menurut standard kesihatan antarbangsa dan psikatri.
Keputusan mahkamah hari ini telah membebaskan penjenayah seks yang mungkin akan mengulangi jenayah mereka.
Badan dunia mengenai penklasifikasian penyakit (ICD) mengatakan pedofil merupakan “seks kanak-kanak, sama ada lelaki, perempuan atau keduanya, dari sebelum akil baligh atau di peringkat awal selepas akil baligh.”
Menurut Statistik dan Diagnosis untuk Penyakit Mental (DSM) yang digunakan oleh pakar professional kesihatan mental seluruh dunia, pedofil adalah mereka yang tertarik dengan hubungan seks antara kanak-kanak berusia 13 tahun atau lebih muda, dan pelaku mestilah berusia 16 tahun ke atas dengan pasangannya sekurang-kurangnya lima tahun lebih muda.
Noor Afizal berusia 19 tahun apabila dia melakukan kesalahan merogol gadis berusia 13 tahun, enam tahun lebih muda.
Dalam kes Chuah, beliau berusia 21 tahun apabila melakukan kesalahan, sementara mangsanya berusia 12 tahun — beza sembilan tahun.
Perbezaan usia antara perogol dan mangsa dalam kes ini, merujuk kepada ICD dan DSM boleh dikategorikan sebagai pedofil.
Hukuman penjara yang lebih panjang seharusnya diberikan kepada pemain bowling Noor Afizal merogol kanak-kanak bawah umur berusia 13 tahun apabila dia berusia 19 tahun sekiranya beliau menggunakan kekerasan atau keganasan, kata mahkamah rayuan awal minggu ini dalam penghakiman bertulis mengapa mahkamah memutuskan untuk hanya mengenakan ikat jamin selama lima tahun.
Mahkamah bagaimanapun berkata, keputusan ini tidak seharusnya menjadi rujukan apabila berlakunya kes rogol bawah umur dan seharusnya dihakimi dengan keputusan sendiri.
Presiden mahkamah rayuan, Tan Sri Raus Sharif berkata dalam penghakimannya, Noor Afizal, yang kini berusia 21 tahun adalah seorang “lelaki yang menyesali apa yang dia telah lakukan dengan mengaku kesalahannya.”
Raus, bersama Hakim K.N. Segara dan Azhar Ma’ah, telah memutuskan keputusan tersebut. Noor Afizal telah dibebaskan dengan ikat jamin RM25,000 berbanding hukuman penjara selepas beliau mengaku bersalah atas melakukan rogol bawah umur, menyebabkan kemarahan orang ramai terhadap mahkamah, serta menimbulkan persoalan terhadap Kanun Keseksaan dan undang-undang jenayah, terutamanya selepas perogol kanak-kanak kedua, Chuah, dibebaskan hari ini.
“Kami turut memutuskan bahawa pelakuan seks ini adalah kehendak bersama dan dia seorang yang tidak habis sekolah,” kata hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz, mengikut laporan dari The Star terhadap Chuah, yang berusia 22 tahun, seorang juruelektrik, diikatjamin sebanyak RM25,000 selama tiga tahun.
Kemarahan orang awam semakin memuncak apabila penghakiman mahkamah rayuan hari ini berubah dari keputusan mahkamah tinggi daripada keputusan hukuman penjara terhadap pemain bowling tersebut kepada ikat jamin lima tahun — kerana masa depan pemain bowling tersebut sebagai tiket untuk tidak ke penjara.
Tetapi mahkamah rayuan memutuskan dalam penghakiman bertulis untuk melepaskan pemain bowling itu dengan ikat jamin, tidak bermakna melibatkan kes untuk sama untuk akan datang.
“Jika perayu (Noor Afizal) lebih tua, atau dia menggunakan kekerasan, paksaan atau keganasan ke atas mangsa, atau menggunakan penipuan, serta tidak bekerjasama dengan polis, dan tidak menunjukkan kekesalan di atas kesalahannya, atau tidak ada jaminan untuk dia tidak melakukan kesalahan yang sama, kami tidak teragak-agak untuk menjatuhkan hukuman, sepertimana kes yang sebelumnya,” kata Raus.
Di mahkamah sesyen Melaka, hakim telah mengarahkan Noor Afizal diikatjamin sebanyak RM25,000 selama lima tahun selepas beliau mengaku bersalah merogol kanak-kanak tersebut di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka pada 5 Julai 2010.
Bagaimanapun, pendakwa telah merayu kepada mahkamah tinggi pada 20 September tahun lalu untuk penjara mandatori minimum lima tahun, dibawah kesalahan merogol dalam Kanun Keseksaan.
Menurut kes tersebut berdasarkan penghakiman bertulis mahkamah rayuan hari ini, Noor Afizal telah menempah hotel di Melaka pada 5 Julai, 2010 bersama gadis yang pada ketika itu berusia 13 tahun empat bulan.
Keduanya berkata bahawa seks itu adalah seks sukarela. Keesokan paginya, Noor Afizal menghantar gadis itu ke rumah.
Gadis tersebut tidak bercakap apa-apa, dan insiden itu hanya diketahui bila ayahnya membaca diarinya.
Raus juga berpendapatan bahawa ikat jamin Noor Afizal ini adalah adil kerana dia mempunyai rekod sebagai seorang perogol.
0 orang berkata:
Post a Comment