Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Kes sumbang mahram: Suspek bukan ahli PKR
ROSILAWATI ROSEDI
31 Ogos 2012
Datuk Fauzi Abdul Rahman.
Datuk Fauzi Abdul Rahman.
 
KUANTAN - Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman menegaskan, tiada pemimpin daripada parti itu terbabit dalam kes sumbang mahram yang dilaporkan berlaku di negeri awal minggu ini.

Menurutnya, jika suspek yang dikatakan itu adalah ahli PKR, beliau menafikan kerana pemimpin tersebut sudah keluar dari parti sejak Pilihan Raya Umum ke-12.


"PKR Pahang menafikan sekeras-kerasnya cuba mengaitkan pemimpin yang terlibat dengan perbuatan itu (sumbang mahram) dengan parti ini.


"Pemimpin itu bukan ahli PKR lagi dan sudah keluar parti selepas PRU12 lalu," katanya.


Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media mengenai seorang pemimpin kanan sebuah parti bersama anak lelakinya ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes sumbang mahram di Jerantut.


Pemimpin itu dikatakan pernah bertanding pada PRU12 namun tewas pada pencabarnya dalam pilihan raya tersebut.


Dalam perkembangan lain, beliau juga terkilan dengan tindakan kerajaan memberikan bantuan sehingga RM2 juta kepada sebuah madrasah di Kelantan yang hanya mempunyai 25 pelajar.


Menurutnya, sebelum itu media melaporkan pada 7 Ogos lalu pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah pernah menyatakan adalah haram menyokong DAP yang secara terang-terangan penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud di negara ini.


“Tindakan kerajaan memberikan petunjuk yang tidak betul dan seperti mengiktiraf beliau sedangkan kenyataannya yang menyamakan DAP seperti kafir harbi tidak boleh diterima serta seperti menggalakkan perselisihan dalam agama.


“Kafir harbi ini bermakna ia perlu ditentang dan tindakan kerajaan membantu madrasah ini dikesali,” katanya.


Beliau berkata sedemikian dalam sidang media di Pejabat PKR Negeri di sini, semalam.


Hadir sama, Naib Pengerusi 2, Siew Fook Chan dan Timbalan Setiausaha PKR Negeri,Kamarzaman Mohd Yunus.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.