Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

POLIS DAN DBKL LARANGPUN TAK KESAH, KAMI TETAP KEDATARAN MERDEKA !


Gabungan Janji teruskan perhimpunan di Dataran Merdeka

Oleh Nomy Nozwir

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Gabungan Janji akan meneruskan perhimpunan pada ambang merdeka di Dataran Merdeka, walaupun dilarang oleh pihak polis dan pihak berkuasa DBKL.

Menurut kenyataan bertulis yang dikirimkan kepada The Malaysian Insider hari ini, Gabungan Janji telah membaca kenyataan dari menteri penerangan, kebudayaan, kesenian dan komunikasi Datuk Seri Dr Rais Yatim berkenaan jemputan untuk perayaan ambang merdeka di Dataran Merdeka.

“Sebagai jemputan dari seorang menteri kabinet, kami mahu datang untuk turut meraikannya.
“Gabungan Janji yang mewakili rakyat, turut menjemput menteri agar memakai baju kuning bersama-sama dengan rakyat di Dataran Merdeka.

“Tetapi kami tidak faham kenapa ketua polis negara dan ketua polis daerah (OCPD) terus menerus mengatakan bahawa kami melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012?

“Kami percaya rakyat Malaysia mempunyai hak untuk berkumpul dan meraikan hari kebangsaan bersama-sama tanpa perlu meminta kebenaran,” kata Gabungan Janji dalam kenyataannya.

“Sehubungan dengan itu, kami menjemput semua rakyat Malaysia agar datang beramai-ramai datang pada malam 30 Ogos, jam 11 malam di Dataran Merdeka bagi menyambut ambang kemerdekaan.

“Kami meminta agar semua memakai baju kuning, tidak membawa sepanduk dan tidak menjerit slogan, dan membawa makanan dan minuman bersama kawan-kawan dan keluarga.

“Gabungan Janji mahu kehadiran semua sebagai menunjukkan komitmen kepada demokrasi untuk meraikan hari kemerdekaan ini,” kata Gabungan Janji dalam kenyataannya.

Menurut laporan awal hari ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, OCPD Zainuddin Ahmad hari ini berkata, Gabungan Janji telah gagal memberi notis 10 hari sebelum perhimpunan Janji Demokrasi yang dirancang akan berlangsung di Dataran Merdeka pada malam ambang merdeka.

Menurut beliau, Dataran Merdeka akan ditutup pada malam itu untuk melakukan persiapan untuk upacara perarakan Hari Kebangsaan ke-55 yang akan berlangsung di situ.

“Semua acara Himpunan 55 Tahun Merdeka akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, dan tidak ada apa-apa aktiviti akan berlangsung di Dataran Merdeka. Dan sekiranya mereka (Gabungan Janji) mahu melakukan aktiviti di situ, mereka perlu minta permit 10 hari lebih awal dengan pihak polis.

“Dan setakat ini mereka tidak melakukannya, dan dari situ mereka telah gagal untuk mendapatkan permit,” kata OCPD Zainuddin lagi.

Dalam sidang akhbar Jumaat lalu, Gabungan Janji memberitahu bahawa perhimpunan pada malam ambang kemerdekaan akan turut diadakan di negeri lain seperti Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Sasterawan negara, Datuk A Samad Said (gambar) yang juga pengerusi bersama Bersih dijangka akan membaca puisi pada malam itu.

Perhimpunan ini bertujuan untuk menuntut kerajaan menunaikan lapan tuntutan Bersih seperti pembersihan daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal, kempen pilihan raya sekurang-kurangnya 21 hari, akses media yang adil kepada semua, pihak kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

1 orang berkata:

Benny said...

There is the brazilian virgin hair uk the most commonly seen version and typically the most affordable of the wig cap. Typically the standard wig cap has the hair machine-sewn on, and the brazilian virgin hair themselves are pre-designed into a specific style. The main advantage of this style wig cap is that the lace front wigs uk is given a natural "lift," which makes it appear full of volume. While wigs made of the hair from horses, buffalo, yak, wool, and feathers are found quite commonly lace front wigs uk have greatly increased in popularity. Almost indistinguishable from human hair, synthetic wigs are typically easier in terms of maintaining and care for. However, it's important to remember that because they are lace wigs they are damaged easily is the wearer attempts to curl, blow dry, or hot roll them. For those interested in wearing a customized hairpiece, a vacuum wig might be just the thing.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.