Bersih kecewa SPRM umpama beri laluan kepada parti politik ‘beli undi’
February 19, 2013
KUALA
LUMPUR, 19 Feb — Pertubuhan badan bukan kerajaan menuntut reformasi
pilihan raya, Bersih 2.0 hari ini menyuarakan rasa kecewa terhadap
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang menurut mereka seolah-olah
"mengizinkan" parti politik mengamalkan "pembelian undi" dan "rasuah".
Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 dalam satu kenyataan hari ini
menegaskan, mereka juga kecewa dengan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM,
Sutinah Sutan ekoran kenyataannya sekiranya sesebuah parti politik
didapati melaksanakan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya,
SPRM tidak boleh mendakwa semua ahlinya.
"Amatlah mengecewakan apabila SPRM seolah-olah memberi laluan percuma
kepada parti-parti politik untuk membeli undi dan mengamalkan rasuah.
"Tambahan pula, ada yang turut menjanjikan pemberian kewangan dan lain-lain faedah sebagai tukaran undi ... kami disini ingin mengingatkan parti-parti politik bahawa ini merupakan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya," tegas kenyataan tersebut.
"Tambahan pula, ada yang turut menjanjikan pemberian kewangan dan lain-lain faedah sebagai tukaran undi ... kami disini ingin mengingatkan parti-parti politik bahawa ini merupakan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya," tegas kenyataan tersebut.
Bersih 2.0 turut menjelaskan, kenyataan SPRM tersebut amat
mengelirukan kerana Perkara lapan, sembilan dan 10, Akta Kesalahan
Pilihan Raya tidak menyatakan bahawa kelakuan menjamu, mempengaruhi
secara tidak wajar, atau merasuah semestinya untuk manfaat seorang calon
sahaja sebelum ia menjadi satu kesalahan.
"Laras bahasa akta adalah jelas; semua perbuatan ini merupakan
kesalahan, tidak kira siapa yang melakukannya dan siapa yang mendapat
manfaat apabila perbuatan dilakukan dengan tujuan untuk mempergaruhi
undi sesiapa atau mendorong seseorang untuk tidak keluar mengundi,"
tegasnya lagi.
Justeru, kenyataan itu turut berkata pihaknya dan beberapa NGO lain
telah menubuhkan Pemantau Pilihan Raya Rakyat (PEMANTAU), sebuah
inisiatif pemantau rakyat yang bertujuan untuk terus meningkatkan lagi
aspirasi rakyat yang mahukan satu pilihanraya yang bebas dan adil dengan
menggerakkan rakyat untuk berperanan semasa PRU-13 untuk memerhati
proses pilihan raya, bagi menghalang dan mengurangkan usaha-usaha
penipuan dan salah laku semasa pilihan raya.
"Kami juga memandang berat terhadap laporan berlakunya kempen
terang-terangan oleh parti-parti politik dan ahli politik sebelum tempoh
kempen pilihan raya diumumkan.
"Bersih 2.0 telah menerima aduan daripada rakyat tentang surat-surat
dan bendera-bendera dengan logo parti yang menggesa mereka untuk
mengundi parti atau calon tertentu ... tambahan pula, ada yang turut
menjanjikan pemberian kewangan dan lain-lain faedah sebagai tukaran
undi," tegas mereka.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan SPRM tegas Bersih 2.0 harus
memastikan pelaku kesalahan tersebut untuk dipertanggungjawabkan tanpa
rasa takut dan memihak.
"Kami menggesa rakyat untuk mengumpulkan bukti-bukti salah laku
pilihan raya dan membuat laporan polis serta mewar-warkannya dalam laman
sosial. Sekiranya penyiasatan tidak dilaksanakan sekarang, tindakan
undang-undang masih boleh diambil selepas pilihan raya.
"Jumlah laporan salah laku dan keraguan pilihan raya sebelum pembubaran Parlimen adalah membimbangkan ... justeru, Malaysia memerlukan mata dan telinga warganya demi memastikan hak kita untuk pilihan raya yang bebas dan adil ditegakkan," kata kenyataan itu lagi.
"Jumlah laporan salah laku dan keraguan pilihan raya sebelum pembubaran Parlimen adalah membimbangkan ... justeru, Malaysia memerlukan mata dan telinga warganya demi memastikan hak kita untuk pilihan raya yang bebas dan adil ditegakkan," kata kenyataan itu lagi.
0 orang berkata:
Post a Comment