JABATAN HAL EHWAL VETERAN TENTERA JANGAN JADI LEMBU SEJAK DARI TENTERA SAMPAI KEMATI, NAK BODEK BIAR BERTEMPAT DAN CERDIK DALAM MENILAI SESUATU PERKARA - Pak Karamu
Ahad, 26Mei 2013
Veteran ATM Menyokong Penuh...
Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan
Tentera Malaysia menyokong penuh
tindakan tegas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
(gambar) terhadap pihak yang cuba menimbulkan huru-hara di negara ini.
Ketua Pengarahnya Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan berkata tindakan tegas mengikut undang-undang perlu diambil untuk mengelakkan keharmonian Negara daripada terjejas.
Beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap tindakan pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 dengan mengheret generasi muda mengadakan demontrasi jalanan bertujuan menjatuhkan kerajaan.
“Golongan muda ini melibatkan diri dalam aktiviti yang melanggar undang-undang dengan lantang mempertikai keputusan pilihan raya. Kalau tidak puas hati dengan keputusan itu, mereka boleh mengemukakan bantahan melalui saluran yang betul, bukan dengan berdemonstrasi,” katanya.
Zulkiflee ditemui pemberita pada mesyuarat agung tahunan Persatuan Bekas Tentera Daerah Muar di Dewan Seri Pekembar, Pagoh di sini hari ini yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Johor Ismail Mohamad.
Beliau turut meminta veteran ATM di seluruh negara supaya menasihati anak masing-masing supaya tidak melibatkan diri dengan aktiviti yang melanggar undang-undang.
“Kita mahu anak-anak muda menghormati keluhuran undang-undang supaya usaha membangun negara dan pencapaian matlamat negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 yang tidak berapa lama lagi akan dapat diteruskan,” katanya.
Beliau juga tidak mahu melihat segala pengorbanan pasukan keselamatan yang sanggup bergadai nyawa semasa berhadapan dengan pengganas komunis dahulu menjadi sia-sia lantaran untuk memuaskan hati pemimpin tertentu.

JuRaGan : Komunis zalimi rakyat selama 10 tahun...Tapi kerajaan BN zalimi rakyat 56 tahun siapa lebih power kezalimannya tuan..????
1 orang berkata:
saya amat bersetuju dgn pak karamu ,apa lg yg hendak dibodek oleh jenderal zul tu , sejarah pegawai dari kor semboyan itulah pangkat yg paling tinggi yg dianugerah kan ....saya adalah bekas pomen semboyan yg berhenti 18 thun ....
Post a Comment