Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PADAH PR TIDAK DILULUSKAN

Widget by Blogger Tricks

1/07/13

Pas buat kejutan sokong pelantikan Speaker

MELAKA 1 Julai - Pakatan pembangkang di Melaka menampakkan hubungan tidak sehaluan apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Baru dari Pas, Dr. Mohamad Khalid Kassim membuat 'kejutan' menyokong pelantikan Datuk Othman Mohamad sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Ketika enam lagi ADUN pembangkang dari DAP bersikap berkecuali sewaktu pengundian dijalankan untuk memilih Speaker DUN yang dicadangkan oleh Ketua Menteri, Datuk Idris Haron (BN-Sungai Udang), Mohamad Khalid mengangkat tangan bersama 21 ADUN dari Barisan Nasional (BN).

Sejurus selepas itu, Setiausaha DUN mengisytiharkan Othman dipilih sebagai Speaker DUN. Othman mengekalkan jawatan yang disandangnya pada 21 April 2008 hingga 30 Jun 2013.

Bagaimanapun, sewaktu pengundian jawatan Timbalan Speaker, Datuk Abdul Wahab Abdul Latip (BN-Durian Tunggal), salah seorang ADUN dari DAP menunding jari ke arah Mohamad Khalid sebagai 'amaran' agar bersikap berkecuali dalam pemilihan tersebut.

Akhirnya, Abdul Wahab diisytihar sebagai Timbalan Speaker selepas mendapat sokongan penuh daripada 21 ADUN BN manakala tujuh ADUN pembangkang termasuk Mohamad Khalid dari Pas bersikap berkecuali.

Nama Abdul Wahab sebagai calon Timbalan Speaker dicadangkan Datuk Md. Yunos Husin (BN-Ayer Molek).

Sebelum itu, kesemua 28 ADUN iaitu 21 dari BN dan tujuh dari pembangkang yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu diketuai Idris mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.