Pengarah JSJ pantau kes pengerusi MyWatch
KUALA LUMPUR - Siasatan polis berhubung cubaan membunuh Pengerusi
Mywatch, pemerhati antijenayah, R.Sri Sanjeevan di Negeri Sembilan
semalam akan memberi perhatian terhadap dakwaannya dalam twitter sebelum
ini bahawa seorang anggota polis merekrut anggota sindiket untuk
melepaskan tembakan ke rumahnya.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata perkara ini adalah antara beberapa aspek polis Bukit Aman akan menyiasat kes itu sehingga kes itu sehingga ke akar umbi.
Khalid berkata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah akan mengetuai pasukan petugas khas bagi menyelia siasatan itu sambil berharap Sri Sanjeevan segera sembuh untuk membantu siasatan itu.
"Saya beri jaminan kepada keluarga mangsa dan orang awam bahawa siasatan polis akan dibuat dengan teliti dan melihat kepada semua aspek termasuk apa yang didakwa SS (Sri Sanjeevan) sebelum ini," kata Khalid dalam twitternya.
Semalam, Sri Sanjeevan, 29, cedera diperut akibat ditembak seorang pembonceng motosikal apabila mangsa yang memandu kereta jenis BMW menurunkan cermin kereta untuk merokok.
Kejadian itu berlaku pada 4.30 petang di satu persimpangan berdekatan Taman Awana Indah di Jempol, negeri Sembilan.
Sebelum insiden itu, Sri Sanjeevan menghantar tweet di @SanjeevanSS: "A @PDRMsia cop told some syndicate fellow that he’ll get them firearm & told them to fire few shots at my house to scare me/family!".
(Seorang anggota polis memberitahu beberapa anggota sindiket bahawa dia akan mendapatkan senjata api buat mereka dan menyuruh mereka melepaskan beberapa tembakan di rumah saya bagi menakutkan saya/keluarga)
Sementara itu, bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan melawat Sri Sanjeevan di Hospital Seremban di mana keadaannya disifatkan sebagai kritikal tetapi stabil.
Dalam tweetnya, Musa berkata keselamatan awam boleh dipastikan jika integriti polis kekal utuh.
Beliau berharap polis akan menjalankan siasatan menyeluruh untuk menjejak mereka yang terlibat dalam insiden tembakan kerana Sri Sanjeevan telah menerima beberapa ancaman sebelum ini. - Bernama

3 orang berkata:
ce contenu répliques de designer de haute qualité pourquoi pas essayez ici sacs réplique gucci voir réplique louis vuitton
check here u2z39a1u49 replica louis vuitton replica bags paypal accepted go to this website g6k04d6t98 replica ysl handbags replica bags vancouver replica nappy bags why not look here k7z32j3f95 replica bags high quality
f0l04c9i02 j5w58m1r32 c3r61j9m75 b4u83b9t99 k0v12e3q51 b7i66g8p03
Post a Comment