Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

02 September, 2013

Ketua Pemuda MIC Desak Setiausaha Agung Umno Letak Jawatan

Ketua Pemuda MIC, T. Mohan yang ditahan polis hari ini kerana membantah perobohan kuil hindu di jalan P Ramlee menuntut Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Tengku Adnan Mansor meletakkan jawatan.

Katanya Tengku Adnan langsung tidak mencerminkan kredibilitinya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar apabila membenarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membina dinding dalam kuil tersebut sekaligus merobohkan tempat sembayang kaum itu.

"Kita mahu ( Tengku Adnan) letak jawatan, beliau langsung tidak layak jadi menteri, beliau seorang yang kejam kerana tidak mengendahkan permintaan kaum India untuk tidak menyentuh kuil ini dia tidak hormat kepada kita," katanya kepada pemberita sebaik saja beliau dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sebentar tadi.

Ketua Pemuda MIC itu juga turut meluahkan kekesalan kerana insiden ini berlaku selepas negara menyambut kemerdekaan dan berbeza dengan apa yang diseru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam gagasan "1 Malaysia."‎

Pagi tadi , keadaan di Kuil Hindu Sri Muneswarar Kaliyaman di Jalan P.Ramlee yang terletak di ibu negara bertukar kecoh apabila DBKL dilaporkan cuba merobohkan kuil tersebut.

Bagaimanapun salah faham tersebut dijelaskan oleh pegawai khas Tengku Adnan yang berkata DBKL cuma ingin membina tembok bagi memberi laluan kerja pembinaan di bangunan Hap Seng.

Menurut Ramakrishnan, kerja pembinaan bangunan Hap Seng membabitkan keluasan lapan kaki dalam kawasan kuil yang dibina atas tanah kerajaan itu.

Keadaan bertukar tegang apabila pegawai khas Tengku Adnan itu gagal mengemukakan notis selain pembinaan tembok atau dinding turut menyebabkan tempat sembayang kuil tersebut dirobohkan. ~the malaysian insider


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.