• Tuan Ibrahim Tuan Man Tuan Ibrahim Tuan Man
1 / 1
SHAH ALAM - Pas mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang telah menghembuskan nafas terakhir, awal pagi tadi.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar bagi parti dan rakyat Kedah khususnya.

Beliau berkata Allahyarham juga merupakan Ahli Majlis Syura yang berjaya memimpin parti sehingga mampu menawan negeri jalapang padi itu pada PRU 2008.

"Pas Pusat merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Tan Sri Azizan Razak, mantan Menteri Besar Kedah yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 11.10 pagi ini," katanya dalam satu kenyataan.

Allahyarham Azizan meninggal dunia pada jam 11.10 pagi tadi di wad ICU, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Solat jenazah akan berlangsung di Kompleks Pas Kawasan Pokok Sena, Langgar sebelum dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena selepas Asar.