Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

25 September, 2013

Berita Bahaya Untuk Rakyat Malaysia

Kerajaan digesa untuk berterus-terang berhubung keputusan mengenai projek pembinaan loji jana kuasa nuklear yang dilihat seolah-olah cuba untuk disembunyikan daripada pengetahuan umum.

Ahli Parlimen Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat berkata, berdasarkan laporan World Nuclear Association projek pembinaan loji itu melibatkan empat loji yang akan dibina di sesebuah tempat yang sudah dikenal pasti.

"Tempat pun telah dipilih ada lima lokasi yang mungkin digunakan untuk membina loji-loji ini, mengikut laporan World Nuclear Association,"katanya dalam sidang media di parlimen hari ini.

Beliau kesal dengan pendirian kerajaan seolah-olah cuba menyembunyikan projek ini daripada pengetahuan ahli parlimen.

"Kalau benarlah laporan antarabangsa ini, bermakna kerajaan sengaja semunyikan projek ini," katanya."Secara tiba-tiba nanti kita akan dengar loji-loji itu siap dibina, nak bantah pun sudah terlambat. 

Kerajaan sudah sinonim dengan sistem seperti ini. Apa salahnya ceritakan kepada rakyat," katanya.Justeru, beliau meminta agar kerajaan memaklumkan awal-awal projek ini kepada rakyat kerana baik buruknya projek ini akan ditanggung oleh rakyat.

Terdahulu, Ahli Parlimen Klang Charles Santiago mendedahkan laporan World Nuclear Assosiation bahawa lima lokasi pembinaan loji telah dikenalpasti dan keputusan itu telah dibuat paling lewat tahun 2013.

Loji tersebut akan membekalkan 10 hingga 15 peratus elektrik pada tahun 2030.Charles dalam soalannya pada Isnin lepas meminta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk membina loji nuklear dan sudahkah kerajaan mengenal pasti beberapa lokasi untuk projek ini.

Namun, dalam jawapan itu Perdana Menteri menjelaskan kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan mengenai pelaksanaan projek pembinaan loji janakuasa nuklear tersebut.

Malahan, kerajaan juga mencadangkan dua buah loji janakuasa nuklear, sehingga hari ini kerajaan menegaskan kajian penilaian tapak loji jana kuasa nuklear belum dilaksanakan trmasuk lokasinya juga belum diputuskan.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.