Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERLAKON LAGI ORANG TUA NIH !

27 September, 2013

Ku Li Cabar Najib

Hanya berselang beberapa jam setelah Tengku Razaleigh Hamzah melontarkan cabaran kepada Najib agar semua yang bergelar pemimpin, termasuk dirinya berani mengisytiharkan harta masing-masing kepada umum sebagai langkah menangani rasuah dan mengembalikan kepercayaan umum, terdedah pula berita mengenai anak seorang menteri yang berjawatan pegawai khas didapati membeli sebuah banglo mewah bernilai lebih RM7 juta.
Ia sekaligus menjadikan cabaran Ahli Parlimen Gua Musang itu bukan saja terlihat sangat relevan tetapi sesuatu yang tidak seharusnya dielakkan oleh Najib jika benar beliau mahu melihat Umno dan pemimpinnya dipulihkan imejnya dan seterusnya diyakini rakyat untuk suatu tempoh lebih lama lagi.
Pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Chegu Bard semalam mendedahkan maklumat serta gambar anak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz yang bernama Nedim didapati membeli sebuah banglo mewah di Glenmarie, Shah Alam dengan harga lebih RM7 juta yang diragui keupayaan memiliki hartanah itu memandangkan usianya yang masih muda.
SAMM juga segera menuntut penjelasan Nazri mengenai pembelian hartanah itu serta kemampuan kewangan anaknya yang begitu muda tetapi sudah boleh membeli sebuah banglo mewah.
Selain dilanda berbagai kontroversi sebelum ini, tindakan Nazri melantik anaknya sebagai pegawai khas di kementeriannya juga ditegur Perdana Menteri yang menyifatkan anak dan ahli keluarga menteri secara prinsipnya tidak boleh bekerja di kementerian tetapi hanya dibenarkan di kawasan Parlimen sahaja. Lantaran itu, Nedim kemudian ditugarkan sebagai pegawai khas di Parlimen Padang Rengas dengan dengan tugas khusus berkaitan generasi muda atau Gen Y.
Dan sepertimana biasa, Nazri tetap menjawab sebarang kontroversi dengan caranya yang tersendiri. "Itu bukan masalah saya," tegasnya.
Memanglah Nazri boleh berdalih dengan mengatakan urusan anaknya yang sudah dewasa itu bukan lagi urusannya tetapi bolehkah rakyat mempercayainya? Sebagai pemimpin, seseorang itu bukan sekadar bertanggungjawab terhadap partinya tetapi juga kepada rakyat yang membayar cukai dan mengharapkan seseorang pemimpin itu benar-benar seorang yang amanah dan berwibawa.
Rakyat tentunya meragui jika ada anak atau ahli keluarga seorang menteri dilihat bergaya mewah dan berbelanja di luar kemampuan yang sewajarnya. Sebenarnya tidak sahaja Nazri yang terkait dengan gaya mewah dan berbelanja di luar kemampuan itu, perlakuan anak isteri beberapa menteri dan timbalan menteri yang lain juga turut menjadi perbualan umum.
Ada yang sering kelihatan ke sana-sini dengan kereta mewah, ada yang gila berparti, ada yang terlibat dengan pelbagai jenis perniagaan dan pemilikan saham, gemar membeli-belah di luar negara dan berbagai lagi. Kedengaran juga ada anak seorang menteri yang menaiki kereta Mini Cooper untuk ke kelas tuisyen.
Anak isteri Najib sendiri tidak putus-putus terpalit dengan isu sama. Daripada beg tangan mewah, perhiasan mahal, baju bersilih-ganti, percutian mewah sehinggalah kepada cincin bernilai RM24 juta, semuanya memberi gambaran buruk wajah sebenar pemimpin yang ada di negara ini.
Kepada rakyat, kekayaan dan kemewahan keluarga pemimpin akan segera dikaitkan dengan perbuatan rasuah. Ini kerana rasuah adalah cara paling mudah untuk memperolehi wang dan kekayaan bagi mereka yang mempunyai kuasa. Rasuah juga memburukkan imej parti dan kerajaan. Jika tidak ditangani, rasuah adalah barah yang akan membunuh seluruh nilai murni dalam kehidupan.
Lantaran itu, sebagai pemimpin veteran yang penuh pengalaman, Tengku Razaleigh sedar bahaya dan impak buruk daripada rasuah itu. Kalau pun ia tidak menghancurkan Umno dan kerajaan dalam waktu yang terdekat ini, lambat-laun bala daripadanya pasti akan tiba.
Dengan kenaikan harga barang, kos sara hidup makin meningkat serta pelbagai bebanan lain yang ditanggung rakyat tetapi dalam masa sama kerap pula timbul cerita negatif tentang kemewahan dan kekayaan pemimpin dan keluarganya, persepsi rakyat terhadap golongan pemimpin turut bertambah buruk.
Untuk mengembalikan keyakinan rakyat serta membuang persepsi rasuah itu, Tengku Razaleigh mencabar Najib dan semua pemimpin dan bekas pemimpin, termasuk dirinya mengisytiharkan harta masing-masing supaya rakyat akhirnya boleh membuat penilaian.
Dalam hal ini adalah wajar Najib menyahut cabaran Ku Li itu bagi membuktikan dirinya serta pasukannya dalam kerajaan terdiri daripada mereka yang benar-benar berwibawa, berintergeriti dan diyakini rakyat. Dalam dunia moden yang menuntut ketelusan, pengisytiharan harta secara terbuka adalah kaedah paling baik menentukan bersih atau tidaknya seseorang pemimpin itu.
Tidak diragui lagi, kes terbaru melibatkan anak Nazri yang membeli hartanah mewah yang di luar kemampuan seorang anak muda sepertinya adalah umpama mendalam dan membesarkan lagi kubur Umno. Kes ini menambahkan lagi keraguan dan kecurigaan rakyat terhadap Umno dan kerajaan. Mungkin ia tidak menyebabkan kerajaan tumbang atau kedudukan Najib tergugat dalam waktu yang dekat ini tetapi dalam jangka masa panjang, itulah sebenarnya penyebab utama kejatuhan banyak kerajaan di dunia ini.
Sekiranya Najib masih sayangkan Umno, ingin melihatnya bersih dan terus berkuasa, beliau tidak harus berlengah lagi untuk menyahut cabaran Ku Li itu. Ayuh, segera arahkan semua pemimpin, bekas pemimpin dan keluarganya untuk mengisytiharkan harta masing-masing. Najib mestilah menjadi orang yang pertama mendedahkan nilai hartanya kepada umum, kemudian diikuti oleh semua menterinya.
Ku Li yang sudah menyatakan kesediaan untuk berbuat demikian, harus juga menuruti langkah itu. Mahathir dan semua bekas pemimpin juga mesti menyokong langkah ini. Walaupun tidak lagi bergelar pemimpin, anggaplah tindakan itu sebagai pengorbanan kepada parti yang menjadikan mereka pemimpin sebelum ini.
Cabaran Ku Li kepada Najib adalah relevan untuk membersihkan imej Umno dan kerajaan supaya ia diterima rakyat sepanjang masa. Selebihnya terserahlah kepada Najib.
Sebab itu, walaupun Tengku Razaleigh yang sebelum ini diura-urakan bakal mencabar Najib bagi jawatan Presiden Umno, masih tidak bersedia berbuat demikian lantaran wujudnya beberapa kekangan, selain mendapati ahli Umno belum benar-benar sedia kepada perubahan, cabarannya berkaitan pengisytiharan harta ini tidak lain menunjukkan kasih dan sayangnya yang berterusan kepada parti.
Walaupun tanpa jawatan dan kedudukan, Ku Li merasakan beliau masih bertanggungjawab mengutarakan perubahan. ~shahbudindotcom

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.