Kalau korang nak tahu ketika ini di twitter, rata2 memperkatakan tentang kelakuan bini Mat Yo. Rujuk bawah neh hah ;
Taip je Mat Yo. Perghh berderet2 statement pasal dia [actually pasal bini dia] terkeluar.. bersusun beb.
Dan yang tak boleh blah tue, kisah2 lama Mat Yo pun turut ditimbulkan kembali. Antaranya insiden kat bawah neh hah ;
Ramai juga pengguna internet meminta agar dicarikan facebook bini Mat Yo neh..
Weh, apa facebook dia? Aku nak neh.. tanya salah seorang member facebook kat inbox aku. Kalau kita baca kat ruangan komen page yang upload video tersebut, memang ramai gak minta perkara yang sama. Mereka nak lakukan serangan secara berdepan.
Actually aku tatau facebook dia apa. Maaf. Tak boleh bagi kerana aku tidak tahu. Bukan nak kedekut apa pun.
Tapi aku syak la juga, kalau dia ada account facebook dan twitter, dari online dan baca komen2 yang menyakitkan jiwa, baik la dia tutup terus ataupun deactivated kan account, betul tak? Bashing yang dia terima kali neh memang agak hebat sebab geng2 JDT pun bantai dia sekali walaupun mereka mempertahankan Mat Yo. Ada yang cadangkan agar Mat Yo ceraikan bini dia. Alamak aii.. jangan la kita runtuhkan rumahtangga orang pula. Bini Mat Yo itu manusia. Selagi namanya manusia, dan masih hidup harapan untuk dia berubah masih ada. Relax la.
Apa pun kita biarkan undang2 selesaikan perkara ini. Jangan jadi nasi tambah. Sedikit kata2 ikhlas buat Mat Yo laki bini. Lainkali berwaspada dengan apa2 yang kita ingin share di laman internet. Pada kita, ya kita fikir kita sedang tegakkan hak kita, tapi betul ke sangkaan kita itu? Lagipun sebagai manusia kita kena ikut peraturan. Bila kita dah buat benda salah,instead of tunjuk ego, berlapang dada la sikit dengan alihkan kenderaan tue. Bukan luak apa pun. Dan ingatlah, tanpa pak guard, tukang sapu, tukang kutip sampah, yang bersihkan longkang, yang buat jalan tengah2 panas, dan sebagainya ingat kita boleh hidup dengan baik ke sekarang neh? Tidak. Walaupun apa pun pekerjaan mereka, dan kita, jangan la sesekali memandang rendah kepada mereka. Kita neh membentuk satu kitaran hidup. Saling memerlukan, saling bantu membantu. Hari ini kita di atas, esok lusa bila tenaga kita dah haus, kita akan ke bawah pula. Jangan la jadi pemain bola sepak yang dikenang kerana kontroversi bini, biarla kita dikenali sebagai pemain yang legend. Fikirkan oke.
Pehh tetiba jadi macam ustaz plak aku neh.
KAH KAH KAH
0 orang berkata:
Post a Comment