Perjuangan yang dipandu agama
UMNO bukan sebarang parti. Ia adalah parti Islam terbesar di dunia, dan
tunjang kepada parti utama yang paling lama memerintah di dunia.
Umno adalah parti yang berperanan besar memerdekakan Malaysia, memulih maruah bangsa Melayu-Bumiputera dan umat Islam, serta melindungi rakyat semua kaum di negara ini.
Jika tidak kerana usaha Umno dan falsafah perjuangannya, tidak mungkin negara kita maju dan progresif. Umno terlalu penting untuk bangsa, negara dan agama Islam, manakala jasa dan sumbangannya kepada rakyat semua kaum amat jelas dan besar sekali.
Hari ini, kita semua dapat hidup aman sentosa. Kerana itu, Umno mesti terus kuat dan dipertahan kelangsungannya.
Pemilihan kepimpinan Umno bukanlah semata-mata untuk mengisi jawatan. Ia adalah tanggungjawab untuk memilih barisan individu yang akan bekerja sebagai satu pasukan melaksanakan amanah seperti yang diharapkan oleh lebih tiga juta ahlinya, dan memenuhi aspirasi rakyat Malaysia.
Justeru, pemimpin yang dipilih haruslah mereka yang cekap, berilmu dan memiliki nilai-nilai yang diperlukan untuk melonjakkan parti dan memenuhi harapan ahli dan semua pihak. Perebutan jawatan janganlah sampai melemahkan parti. Elak sabotaj calon lain atau mengkhianati bangsa dan parti sendiri.
Musuh dalam selimut lebih berbahaya daripada musuh yang nampak.
Perjuangan Umno jelas.
Kita berjuang untuk memulia dan memajukan bangsa, agama dan negara. Sebagai calon Exco Pergerakan Wanita Umno, saya berikrar untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab ini dengan penuh kesedaran, dan beriltizam menguatkan parti bersama-sama barisan kepimpinan menggapai masa depan yang lebih cerah. Kejayaan dalam pertandingan bukanlah matlamat semata-mata tetapi untuk menjayakan perjuangan. Inilah pegangan saya.
Harapan saya ialah untuk memanfaatkan ilmu yang ada serta pengalaman bertugas dalam kerajaan dan dalam bidang akademik demi perjuangan Wanita Umno dan parti, termasuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 yang dijangka lebih sengit daripada yang baru lalu.
Antara perjuangan Umno yang utama ialah mendaulatkan agama Islam dan mempelopori perpaduan ummah. Kita bersyukur kerana Malaysia hari ini aman dan sejahtera. Agama Islam yang kita anuti terus berkembang dan terpelihara.
Kita berdoa umat Islam negara ini terus berpegang kepada tali ALLAH dan bersatu padu. Kita mempertahankan al-Quran, hadis dan sunnah kerana ini asas kepercayaan orang Islam. Surah An-Anfaal ayat 60 menyuruh kita membuat persediaan mempertahankan umat Islam.
Kita ambil panduan agama dan gunakan akal fikiran, daya usaha dan menggembleng tenaga untuk memastikan umat Islam di negara ini hidup aman, selamat, bersatu padu dan berjaya.
Ini penting memandangkan mutakhir ini adanya ancaman ajaran sesat dan pelbagai aliran fahaman atas nama demokrasi dan hak asasi.
Tidak terkecuali pihak yang suka putar belit dan sanggup menjual maruah agama bersekongkol dengan puak cauvinis dan rasis untuk dapatkan undi. Dalam keadaan umat Islam dicabar dengan pelbagai insiden yang menghina Islam, Raja-Raja Melayu dan Perlembagaan negara, puak ini lebih menjaga kepentingan sekutu politik.
Dalam usaha memulihkan perpaduan, Umno berpandukan ajaran al-Quran, sunnah dan hadis. Pendekatan yang diambil ialah keluhuran dan kesederhanaan, di mana agama yang memandu politik, bukan dipandu politik. Sifat wasatiyyah yang dituntut agama bukan sahaja dapat mengembalikan perpaduan malah mengembangkan lagi syiar Islam serta membolehkan
Umno bekerjasama dengan kaum lain dan memberi perlindungan kepada mereka.
Umno terdiri daripada orang Melayu-Bumiputera yang bersemangat kebangsaan tapi tidak membelakangkan agama.
Orang Umno tidak pernah ragu dengan keislaman mereka. Semangat kebangsaan dalam Umno bukan untuk menjadikan Melayu-Bumiputera eksklusif tapi bertujuan meningkatkan kebolehan mereka agar menjadi bangsa dan umat Islam yang bermaruah, dihormati dan berjaya. Ini sejajar dengan tuntutan agama.
Umno akan terus pertahan Perlembagaan dan kedudukan istimewa Melayu-Bumiputera dan hak kaum lain.
Umno akan pastikan Melayu tidak hilang di dunia, malah kekal maju, progresif dan pencapaian hebat.

0 orang berkata:
Post a Comment