Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selasa, 24 September 2013

DAP gesa Zahid Hamidi hentikan salah guna kuasa polis

Teresa kok 2KUALA LUMPUR, 24 SEPTEMBER: Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok menyeru Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghentikan salah guna kuasa kerajaan terhadap Unit Cawangan Khas Polis (SB).
 
Beliau berkata, kakitangan SB harus digunakan untuk membantu memerangi jenayah agar dapat mengembalikan keamanan negara daripada jenayah dan keyakinan orang ramai terhadap pihak penguatkuasa awam bukannya untuk tujuan politik tertentu.
 
“Saya menyeru Zahid agar berhenti daripada terus menyalahguna polis dan kakitangan SB.
“SB atau mana-mana sumber polis tidak harus dialihkan kepada tugasan yang tidak perlu dalam keadaan negara masih dan sedang bergelut dengan gelombang jenayah membimbangkan sehingga menakutkan rakyat.
 
“Zahid perlu menjawap mengapa beliau menggunakan SB supaya terbabit kerja yang tidak ada kena mengena langsung dengan polis?,” tegasnya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai sokongan kepada kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mempertikaikan penggunaan polis dan SB dalam kegiatan politik.
 
Beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan turut mengecam tindakan kerajaan menggunakan SB untuk menyediakan laporan populariti yang langsung tidak berkaitan dengan tugas keselamatan dan menjaga keamanan rakyat serta negara.
 
Teresa menambah, pihak polis dan SB harus bersikap neutral dalam melaksanakan tugasan bukannya bertindak berat sebelah dengan menerima tugas mengumpul laporan populariti itu.
“Sudah tentu prestasi dan populariti wakil rakyat tidak boleh menjadi kewajipan dalam tugas SB.
 
“Amalan mengumpul laporan itu adalah satu daripada penyalahgunaan peranan mereka dan ianya juga salah guna sumber kepolisan.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.