• Sinar Harian nafi terbit perkataan lucah
1 / 1
SINAR Harian menafikan penerbitan muka depan Edisi Isnin siaran 30 September 2013 yang menukarkan perkataan dalam tajuk berita 'BR1M dua kali' kepada perkataan lucah seperti disiarkan dalam laman blog, facebook, twitter dan laman sosial lain.

Pihak pengurusan Sinar Harian kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mencemarkan kredibiliti akhbar ini dengan mengubahsuai laporan sebenar akhbar ini menjadi perkara yang negatif.

Sinar Harian tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang melakukan perkara tidak bertanggungjawab ini. Dalam pada itu kami sedang memantau pihak yang melakukannya kerana unit IT kami juga mempunyai kepakaran untuk mengesannya.