Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ahad, 29 September 2013

Najib lebih tenang di luar negara dari dalam negara..!!!


Datuk Seri Najib Razak berucap di Perhimpunan Agung PBB ke-68 di New York semalam. Gambar oleh Reuters.Datuk Seri Najib Razak berucap di Perhimpunan Agung PBB ke-68 di New York semalam. Gambar oleh Reuters.Antara sebab mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menikmati masanya berada di luar negara begitu banyak ialah hanya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau di bilik mesyuarat Waldorf Astoria di New York, penonton masih terpersona dengan ceramahnya mengenai Malaysia sebagai model negara Islam yang sederhana.

Keadaan ini berbeza di tanah airnya yang dipenuhi kumpulan berhaluan kanan khususnya  dalam Umno, hilangnya toleransi agama dan kaum, kata-kata "kesederhanaan" tersebut hanya akan dipandang sinis. Atau lebih teruk lagi, menghina.

Ia didedahkan di Parlimen bahawa Perdana Menteri membelanjakan sejumlah RM44 juta untuk berjalan ke luar negara antara Mac 2008 dan Mei 2013.

Fakta tersebut memeranjatkan malah di kalangan ahli politik Umno sendiri. Sebahagian daripada mereka tertanya-tanya mengapa menghadiri perhimpunan PBB atau merasmikan pejabat Khazanah Nasional di San Francisco menjadi begitu penting, atau wujudkah keperluan Najib melawat Thailand untuk berehat selepas pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Namun, terdapat penjelasan mudah mengapa beliau menikmati kebahagian berada di luar negara berbanding di Malaysia. Beliau perlukan sesuatu untuk mengalihkan pandangannya daripada masalah harian yang dihadapinya di Malaysia, masalah yang berpunca daripada kesanggupannya membenarkan suara-suara sumbang menentukan hala tuju negara, selain ketidakmampuannya menangani masalah utama iaitu rasuah hingga ke masalah perlanggaran undang-undang.

Masalah lain termasuk wujudnya ramai pemimpin berhaluan kanan dalam Umno, barisan Kabinet yang tidak berkesan, pembangkang yang agresif, parti komponen lemah dan tidak relevan, defisit fiskal meningkat, selera yang tidak pernah puas daripada kroni dan ahli perniagaan, selain kehadiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengacau pentadbirannya.

Dengan latar belakang ini, meletakkan sedikit ruang antara Malaysia dan dirinya, mana satukah yang menjadi pilihan Najib.

Fikirkanlah. Apa yang berlaku kepada kanak-kanak di sebuah rumah apabila keamanan dan ketenangan adalah sesuatu yang jarang berlaku, ketegangan dan perbalahan berlaku setiap hari? Biasanya kanak-kanak akan memberi alasan untuk melepak di rumah kawan kerana mereka boleh menerima pujian dan belaian.

Apa yang berlaku kepada seorang pelajar yang merasakan dirinya ketinggalan di sekolah, tertekan dengan permintaan ibu bapa dan guru, dan terpaksa berdepan dengan pembuli? Kemungkinan pelajar tersebut akan ponteng sekolah atau melakukan sesuatu supaya jarang dilihat berada di dalam kelas.

Situasi tersebut sama dengan PM Malaysia. Sebahagian daripada rombongan yang berada dengannya berkata, beliau kelihatan tenang apabila berada di luar, menikmati masanya bersama ahli perniagaan dan pemimpin luar negara, bercakap mengenai Pergerakan Kesederhanaan Global dan menawan mereka dengan kelancaran penyampaian beliau, berpakaian segak dan berupaya untuk mempersonakan orang Barat dengan cara beliau bercakap.

Di New York, penonton memberi penghargaan kepada Najib apabila bertepuk tangan kepadanya selepas menyampaikan hujahnya "dialog menghadapi konfrontasi, rundingan menghadapi konflik".

Berbeza dengan negara yang dipimpinnya, apabila wujud konfrontasi daripada dialog mengenai agama dan kaum.

Parti yang diterajui beliau tidak berminat untuk berkompromi atau mengambil jalan tengah, sebaliknya memilih untuk menindas hak mereka yang tidak mengundi Umno/Barisan Nasional dalam PRU13. Malahan, Najib juga sendiri membuktikann dirinya penyokong kuat agenda mereka yang berhaluan kanan.

Malah, The Economist, sebuah penerbitan yang sangat bermurah hati memuji Najib sebagai seorang pembaharu pada masa lalu, juga menyedari perkara yang sedang berlaku di Malaysia.
Mereka mendedahkan ekoran prestasi buruk BN pada 2013, "parti itu kembali kepada cara politik jijik yang lama berasaskan kaum untuk menyokong kaum Melayu, daripada segi pengagihan peruntukan kepada mereka yang mengundi pembangkang".

"Mangsa utama langkah ini adalah Najib sendiri. Sebelum pilihan raya dia dilihat sebagai seorang pembaharu besar, beliau memansuhkan undang-undang keselamatan yang sudah lapuk tetapi secara perlahan-lahan kembali kes sistem mengutamakan etnik. Namun untuk terus hidup daripada serangan pihak konservatif , Najib dipaksa untuk berpatah balik," kata Economist.

Ia kemudiannya membuat kesimpulan ekonomi Malaysia yang lembap perlu dipertingkat bagi  meningkatkan bantuan berbilion-bilion ringgit untuk program tindakan afirmatif baru dan menegaskan kekurangan rakyat Malaysia yang berbakat akan berlanjutan, kerana jijik dengan perkauman yang jelas berlaku di sini.

"Terlalu banyak dengan pembaharuan oleh Najib," kata Newsweekly .
Apabila Najib kembali ke Malaysia minggu depan, PM akan berdepan kembali masalah yang dihadapi dalam negara. Tetapi seminggu ini, beliau boleh menikmati hidupnya - di mana beliau diraikan sebagai seorang pemimpin yang sederhana.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.