Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Semua warga asing yang gila boleh angkut kat negara nih !

Warga asing kurang siuman
Warga asing kurang siuman
Lelaki kurang siuman yang didapati sering merayau-rayau di Pekan Lama Nilai, LabNILAI - Pihak berwajib digesa mengambil tindakan segera terhadap seorang lelaki warga asing yang didapati kurang siuman dan sering merayau-rayau dekat sekitar Pekan Lama Nilai, Salak Tinggi dan Labu.
Warga prihatin, P Arivalagan, 31, berkata, kelibat lelaki dipercayai warga Bangladesh yang bergelandangan itu mula kelihatan sejak awal tahun lalu.
“Menurut cerita orang sekeliling, sudah hampir lima tahun lelaki berkenaan menetap di negara ini atas urusan kerja. Namun, tidak diketahui pula bila dan bagaimana dia menjadi tidak siuman.

“Selain merayau-rayau tidak tentu hala dan sering meminta duit daripada orang ramai, ada kalanya dia akan terjerit-jerit macam orang kerasukan lalu menggesel-geselkan mukanya pada permukaan tanah,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Katanya, risau dengan keselamatan orang awam, dia segera melaporkan perkara tersebut kepada 1Malaysia One Call Centre (1MOCC) pada 22 Julai lalu.

“Beberapa hari kemudian, saya dimaklumkan 1MOCC bahawa aduan dibuat telah pun dimajukan kepada Majlis Perbandaran Nilai (MPN) untuk tindakan lanjut. Bagaimanapun MPN terpaksa menolak kerana berada di luar bidang kuasa mereka.
“Kemudian, saya diberitahu masalah berkenaan telah dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri. Tetapi, sama seperti MPN, pihak JKM juga tidak mempunyai kebenaran untuk mengendalikan kes ini atas alasan yang sama,” katanya.
Menurutnya, dalam panggilan yang dibuat kepada JKM pada 14 Ogos lalu, dia turut dimaklumkan bahawa kes itu akan dikemukakan kepada Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan.

“Pada 19 Ogos 2013, saya hubungi pula Imigresen untuk mendapatkan respons mereka. Pihak terbabit menjelaskan tidak ada operasi dilakukan sehingga penghujung Ogos. Justeru, mereka perlu menunggu arahan pihak atasan terlebih dahulu sebelum langkah sewajarnya diambil.
“Namun, sehingga kini masih tiada tindakan daripada mereka walaupun saya pernah mengetengahkan hal ini kepada sebuah akhbar berbahasa India lebih kurang 20 hari lalu,” katanya.

Arivalagan berkata, dia agak kecewa dengan situasi tersebut. Justeru, dia berharap masalah itu dapat diselesaikan secepat mungkin sebelum kejadian tidak diingini berla

ku.
u dan Salak Tinggi

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.