• Datuk Abdul Rahman Dahlan Datuk Abdul Rahman Dahlan
1 / 1
KUALA LUMPUR - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengesahkan sehingga 31 Ogos lalu, tiada Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang terbengkalai.

Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan menjawab soalan Ahli Parlimen, Er Teck Hwa (Bakri-DAP).

Teck Hwa mahu mengetahui perkembangan projek perumahan rakyat bagi tahun 2008 sehingga 2013.

"Sehingga 31 Ogos 2013, sebanyak 1,497 unit PPR siap dibina.

"Sehingga kini, tiada PPR yang diistiharkan terbengkalai," katanya dalam jawapan bertulis.

Menurutnya, 1,497 unit itu dibina di kawasan Parlimen Bintulu, Jerantut, Rembau dan Hulu Selangor.

Tahun lalu, 2,061 unit dibina di Papar, Libaran dan Bukit Katil.