Isu abu mayat hanya retorik
KOTA BHARU - Isu abu mayat Chin Peng digembar-gemburkan sesetengah
pihak hanyalah retorik untuk menutup isu kenaikan harga minyak dan
barangan keperluan lain sejak kebelakangan ini.
Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, tindakan tersebut juga dilihat sebagai sia-sia sahaja selain mempunyai agenda sendiri menutup pemikiran rakyat terhadap isu-isu lain.
“Malaysia sudah menandatangani perjanjian damai dengan Parti Komunis Malaya pada tahun 1989 dan bekas-bekas pemimpin mereka sudah dibenarkan masuk ke Malaysia dan ada yang dibenarkan menghadap Raja-raja Melayu.
“Isu yang dihadapi oleh umat Islam hari ini bukan isu seremeh abu mayat Chin Peng tetapi kita wajib sensitif dengan kehadiran Presiden Amerika Syarikat ke Malaysia yang jauh lebih bahaya berbanding Chin Peng yang telah mati,” katanya dalam kenyataan medianya kelmarin.
Kematian Chin Peng dijadikan isu apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menegaskan Malaysia tidak akan terlibat untuk sebarang urusan pengebumian pemimpin tersebut dan dalam masa yang sama tidak membenarkan abu mayatnya dibawa pulang ke Malaysia.
Dalam perkembangan lain, Fadhli turut kesal dengan sikap kerajaan Malaysia yang tidak menunjukkan sebarang tindakan proaktif yang serius dan bersifat peri kemanusiaan untuk membantah pemberontakan yang berlaku di Mesir.
Beliau yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Besar turut mendakwa, tindakan tersebut terbukti mempamerkan kerajaan Malaysia yang mengamalkan sikap pro-Amerika dalam pentadbirannya.
Sebelum ini, perkara yang sama juga turut dipersoalkan beberapa pihak yang menggesa kerajaan menyatakan pendirian telus berhubung isu pemberontakan di Mesir.

0 orang berkata:
Post a Comment