30 September, 2013
Berita Kejahatan BN Yang Tak Di Siarkan Di Utusan, RTM Dan TV3
Kerajaan Kelantan pimpinan PAS mengumumkan pembinaan Lebuh Raya Rakyat
yang akan bermula awal tahun depan 2014 dan projek sejauh 73 kilometer
tersebut dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.
Projek tersebut yang dirancang sejak tahun 1986 dibawah pentadbiran
kerajaan Barisan Nasional (BN) bagaimanapun tidak dilaksanakan sehingga
sekarang, memaksa kerajaan PAS negeri tersebut mengambil inisiatif untuk
menyiapkannya sendiri.
Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik
Abdullah (gambar), projek menelan belanja RM669 juta tersebut dengan
kerjasama sebuah syarikat di Dubai diharap dapat menangani masalah
kesesakan yang berlaku setiap kali musim perayaan.
“Menjadi harapan kerajaan negeri Kelantan dengan siapnya lebuh raya ini
dapat menyelesaikan masalah kesesakan melampau yang sudah
bertahun-tahun,” katanya yang dipetik berkata dalam Harakahdaily hari
ini.
Pembinaan Lebuhraya Kota Bharu–Kuala Krai mula dirancang seawal Rancangan Malaysia Kelima pada penghujung 1980an.
Lebuh raya tersebut dirancang untuk dibina sebagai alternatif kepada
Laluan Persekutuan yang sesak teruk di jajaran Kota Bharu-Kuala Krai,
yang menjadi lebih parah setiap kali musim perayaan.
Namun demikian, projek lebuh raya itu digugurkan, berikutan kekalahan
kerajaan BN negeri Kelantan kepada gabungan PAS-Semangat 46 semasa
pilihan raya umum 1990.
Projek tersebut kemudian dihidupkan semula oleh Perdana Menteri kelima,
Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai salah satu projek di bawah Rancangan
Malaysia Kesembilan, tetapi kemudiannya digugurkan terus setelah Datuk
Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri keenam.
Akibatnya, kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS mengambil keputusan untuk membina sendiri lebuh raya itu.
Majlis pecah tanah pembinaan lebuh raya tersebut dirasmikan oleh Menteri
Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Mei 2012.
Pembinaan lebuh raya tersebut oleh kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS
sering dikecam hebat oleh kerajaan persekutuan pimpinan BN, dengan
mendakwa bahawa projek lebuh raya berkenaan hanyalah sekadar gimik
politik oleh kerajaan negeri. ~tmi
0 orang berkata:
Post a Comment