CEC: Keputusan dijangka diketahui 6 petang ini
PETALING JAYA - [DIKEMASKINI] Pengarah Strategik Pilihan Raya DAP, Dr
Ong Kian Ming, berkata, sebanyak 1,725 kertas undi telah dikeluarkan
parti itu hari ini dalam menentukan pucuk pimpinan baru parti itu.
Proses pengundian yang bermula kira-kira jam 11.30 pagi itu berakhir pada jam 1.15 petang tadi.
Bagaimanapun, kotak undi hanya dibawa keluar dari dewan mengundi pada jam 2.00 petang tadi dengan diiringi Kian Ming dan pemerhati yang dilantik ke bilik pengiraan.
Keputusan pemilihan semula CEC DAP itu dijangka diketahui kira-kira jam 6 petang nanti.
Pada pengundian tengahari tadi, DAP menggunakan kaedah pengundian seperti yang dipraktikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada PRU13 lalu iaitu pengunaan dakwat kekal dan dicalit pada jari perwakilan bagi mengelakkan penipuan.
Selain itu, kaedah pengundian juga masih mengguna kertas undi dan ahli DAP perlu memangkah calon yang dikehendaki di tempat mengundi yang tertutup.
Kian Ming sebelum itu juga mengumumkan bahawa seramai 49 calon bertanding merebut 20 kerusi dalam pemilihan semula hari ini.

0 orang berkata:
Post a Comment