Friday, March 28, 2014
MH370: Rupanya Bukan Aku Saja Yang Rasa Pelik!
MH370: Malaysia perlu tangani isu keselamatan yang serius
Sonia Ramachandran - Mac 27 2014
Sonia Ramachandran - Mac 27 2014
SEKILAS PANDANG: Salah
satu soalan yang timbul berkenaan misteri penerbangan MH370 adalah
mengapa tentera gagal untuk bertindak balas terhadap penerbangan yang
tidak dikenali pada radar itu.
Apabila
ditanya mengapa jet pejuang tidak dihantar untuk memintas pesawat yang
tidak dikenali sebaik sahaja ia muncul di radar tentera, panglima
Tentera Udara Diraja Malaysia Tan Sri Rodzali Daud dilaporkan berkata
yang pengendali radar tentera mengesan jejak pesawat awam menuju ke
utara.
"Ia
tidak diklasifikasikan sebagai ancaman. Kami hanya memintas dan
bertindak balas apabila jejak itu diklasifikasikan sebagai ancaman,"
katanya.
Tetapi
bagaimanakah operator radar akan tahu samaada ia adalah pesawat awam
dan bukannya suatu ancaman? Adakah kita telah lupa berkenaan tragedi
911?
Kerana
ia telah diklasifikasikan sebagai "blip" pada radar yang mengambil masa
lebih seminggu untuk dikenal pasti sebagai MH370, bagaimana mereka
boleh tahu ia bukan suatu ancaman?
Pada 26 Mac, lebih banyak butiran yang mengelirukan telah muncul.
Timbalan
Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri memberitahu Parlimen bahawa
tentera tidak bertindak balas apabila penerbangan yang tidak dikenali
muncul di radar kerana ia mengandaikan bahawa kawalan trafik udara di
Subang telah mengarahkan kapal terbang itu untuk berpatah balik.
"Ia
telah dikesan oleh radar kita, tetapi tindakan berpatah balik itu
dilakukan oleh pesawat bukan ancaman dan kami fikir mungkin ianya adalah
disebabkan arahan menara kawalan," Abdul Rahim berkata ketika
menggulung perkara yang dibangkitkan oleh ahli-ahli parlimen sewaktu
titah Yang di-Pertuan Agong.
Mengapakah
anggota tentera udara sekadar membuat andaian apabila ianya melibatkan
keselamatan negara? Adakah membuat andaian sebahagian dari Prosedur
Operasi Standard (SOP) mereka?
Adakah ini bukan satu kelalaian dalam menjalankan tugas, terutamanya berkaitan keselamatan negara?
Pakar
penerbangan CNN Richard Quest, yang telah mempertahankan tindakan pihak
berkuasa Malaysia selepas kehilangan MH370 itu pun mempersoalkan
bagaimana tentera Malaysia boleh terlepas pandang pesawat MH370 itu yang
membuat pusingan ke arah ruang udara sendiri.
"Persoalan
besarnya ialah bagaimana tentera Malaysia tidak mengesan #mh370 masuk
semula ke ruang udara negara. ITU adalah satu skandal," kata Quest.
"Pasukan
pemerhati tidak mengesannya, seolah-olah ruang udara itu dimilikinya,"
maklum seorang sumber yang mempunyai pengetahuan terperinci mengenai
siasatan ini kepada NYT (New York Times).
Pesawat
MAS Boeing 777 yang membawa 239 orang penumpang dan anak kapal ini
hilang pada jam 01:07 8 Mac dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke
Beijing.
Pada
24 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan bahawa
MH370 telah hilang di selatan Lautan Hindi, di lokasi kira-kira 2,500
km ke barat daya Perth.
Komen bekas juruterbang dan penganalisis aeroangkasa Tentera Udara Diraja British, Andrew Brookes lebih tajam.
"Di
manakah tentera udara Malaysia sewaktu semua ini terjadi? Sejak 911,
pertahanan udara di seluruh dunia telah berjaga-jaga terhadap rampasan
pesawat yang mensasarkan sasaran terkenal. Dan tidak banyak sasaran di
situ yang lebih berprestij daripada menara berkembar Petronas di Kuala
Lumpur," beliau dipetik sebagai berkata dalam sebuah laporan BBC.
Brookes
berkata yang tentera dan pembuat keputusan politik Malaysia sepatutnya
sudah berjaga-jaga, apabila MH370 kelihatan berpatah balik tanpa amaran
selepas melakukan pendakian yang dijadualkan.
"Apabila
peristiwa pelik ini berakhir, kerajaan dan tentera udara Malaysia akan
mempunyai beberapa perkara yang serius untuk ditangani, terutamanya
kelompongan jelas dalam pengawasan ruang udara mereka," Brookes dipetik
sebagai berkata.
Dan ini pula kata timbalan menteri
0 orang berkata:
Post a Comment