Selasa, 1 April 2014
Saintis Ramal Pencarian MH370 Akan Gagal
Salah satu pesawat dari Tentera Udara Diraja Australia yang menyertai misi mencari pesawat MH370 -Gambar Fail
Saintis David Mearns meramalkan misi pencarian pesawat Malaysia
Airlines MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal yang hilang sejak 8
Mac akan menemui kegagalan, berdasarkan kepada petunjuk sedia ada.
@piersmorgan @bobkurus new bermuda triangle detected in vietnam waters, well equipped sophisticated devices are of no use!
"Saya terpaksa bersikap pesimistik dengan menyatakan misi pencarian MH370 berdepan kesukaran untuk menemukan rangka pesawat itu di dasar laut di selatan Lautan Hindi berdasarkan petunjuk yang ada," katanya dipetik daripada temuramahnya dengan China Central Television, Sabtu lalu.
Beliau berkata, tempoh pencarian yang kini sudah melebihi 20 hari akan
menyebabkan rangka pesawat itu sudah pun dibawa arus lautan ke pelbagai
arah yang tidak diketahui."Biarpun jika ada serpihan M370 yang dapat
dibawa naik, mustahil untuk menjejak kapal tersebut," katanya.
Mearns, yang juga pakar pencari kapal karam dari United Kingdom,
berkata beliau turut berpendapat kotak hitam MH370 tidak mungkin dapat
dijumpai walaupun pelbagai peralatan dan teknik sedia ada digunakan.
Katanya, semua peralatan dan kemahiran itu masih tidak berupaya untuk
mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu."Satu-satunya cara
untuk mendapatkan kotak hitam itu adalah dengan
mencari dan menapis bangkai atau serpihan pesawat yang ditemui,"
katanya.
Selain itu, beliau menjangkakan kos pencarian pesawat MH370 lebih
tinggi dengan angka mencecah US$45 juta (RM147 juta), mengatasi kos
pencarian Air France di Lautan Atlantik pada 2009.
"Pencarian MH370 memerlukan dedikasi yang teramat tinggi dan
perbelanjaan beratus juta dolar, memandangkan ia sesuatu yang tidak
pernah berlaku sebelum ini,” katanya.Pada 24 Mac, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan
pesawat MH370 disahkan berakhir di selatan Lautan Hindi selepas 17 hari
hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing dari KLIA pada jam 12.40 pagi.
Bagaimanapun, sehingga kini pasukan mencari dan menyelamat belum menemui rangka atau serpihan pesawat MH370 di kawasan yang dikatakan itu iaitu di kawasan barat Perth, Australia di Lautan Hindi, berdasarkan kepada maklumat diperolehi daripada data satelit.TMI
0 orang berkata:
Post a Comment