Penyokong Al-Sisi buat kempen haram
KAHERAH - MESIR. Pasukan keselamatan Mesir mengenal pasti beberapa
penyokong Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi melancarkan kempen haram untuk
mengutip dana sebagai persediaan kempen pilihan raya presiden
dijadualkan April atau Jun ini.
Jurucakap tentera Ahmed Ali berkata, sebanyak 1,500 individu ditahan bersabit kesalahan tersebut.
“Kesemua mereka bakal berhadapan tindakan undang-undang atas kesalahan membuat kutipan derma secara haram,” katanya dipetik dalam laporan Al Arabiya.
Menurutnya, mengikut siasatan awal, kesemua individu itu berjanji akan memberikan pulangan ganjaran, sekiranya Al-Sisi menang dalam pilihan raya itu nanti.
“Perbuatan ini mencemarkan imej ketenteraan kerana Al-Sisi masih belum mengemukakan secara rasmi borang untuk bertanding,” katanya.
Difahamkan, kerajaan sementara pimpinan Adley Mansour juga masih belum memutuskan tarikh pilihan raya itu.

0 orang berkata:
Post a Comment