Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

29 March 2014

MH370 : MALAYSIA TERUS DAPAT MALU KERANA KELEMAHAN DAN KESILAPAN PEMIMPIN


Negara kita terus dihentam dan dikritik lantaran kelemahan dan kesilapan pemimpin negara menguruskan isu kehilangan pesawat MH370. 

Ramai pihak khususnya waris penumpang serta rakyat Malaysia sendiri tidak puashati dengan keputusan Najib Razak yang tidak semena-mena membuat kenyataan seolah-olah kapalterbang itu terhempas di Lautan Hindi dan semua penumpang seakan-akan tidak dapat diselamatkan. Sedangkan sehingga kini bangkai kapalterbang dan mayat penumpang (jika benar mennggal dunia) tidak ditemui.

Terbaru waris penumpang MH370 dari China mahu Kerajaan Malaysia dan Malaysia Airlines (MAS) meminta maaf kerana mengisytihar kematian kesemua 239 orang dalam penerbangan MH370, tanpa mengemukakan bukti konklusif.

Seorang wakil kepada 34 orang waris berkenaan, Jiang Hui berkata kerajaan Malaysia melalui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertindak dengan tidak bertanggungjawab apabila mengumumkan perkara itu, 24 Mac lalu.

"Kami mahu Kerajaan Malaysia dan MAS memohon maaf kepada keluarga dan waris berkenaan isu ini.

"Pada 24 April, Kerajaan Malaysia beri kenyataan tidak bertanggungjawab bahawa kapal terbang (telah) terhempas tanpa bukti," kata beliau dalam sidang media dalam bahasa Mandarin di sebuah hotel di Subang hari ini.

Individu berkenaan turut mengenakan baju-T berwarna putih dengan tulisan "Doakan untuk MH370" dan "Kembalilah dengan aman" dalam bahasa Cina.

Kumpulan waris kepada penumpang berkenaan dibawa untuk menyertai satu perbincangan dengan wakil kerajaan Malaysia dan juga Malaysia Airlines di hotel berkenaan, sebaik tiba dari Beijing pagi ini.

Terdahulu, para waris penumpang berkenaan mengunci mulut dan enggan memberi sebarang kenyataan kepada para wartawan selepas pertemuan selama lebih dua jam.

Seramai 15 orang dari 34 orang yang menyertai pertemuan tersebut menegaskan mereka “tidak mahu bercakap”, apabila para wartawan mengerumuni mereka sebaik keluar dari bilik perbincangan di hotel tersebut.

Wakil Kedutaan Cina yang diketuai setiausaha pertamanya Liu Peng Xiang juga enggan memberi sebarang kenyataan ketika diasak para wartawan.

Kumpulan waris tersebut, yang menyertai perbincangan sebaik tiba di Malaysia pagi ini, hanya diiringi oleh 20 orang wakil MCA, diketuai naib presiden Datin Chew Mei Fun.

Seramai lapan orang wakil MAS, termasuk enam anggota keselamatannya turut mengiringi para anggota keluarga penumpang berkenaan dari pintu dewan perbincangan ke sebuah lif.

Tiada anggota polis dilihat mengawal para anggota keluarga tersebut, yang dikerumuni seramai kira-kira 50 orang petugas media dari pelbagai agensi dalam kejadian selama kira-kira 10 minit itu.

Para wartawan yang berasak-asak dalam kejadian tersebut menunggu sejak jam 11 pagi di luar bilik berkenaan sebaik mendapat tahu para waris tersebut dibawa ke hotel berkenaan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Naib presiden MCA Datin Chew Mei Fun yang mengetuai unit bantuan krisis parti itu merupakan wakil kerajaan Malaysia untuk berurusan dengan anggota keluarga penumpang berkenaan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.