Tuesday, April 1, 2014
Komunikasi terakhir, dari "All right, good night" dah jadi “Good night Malaysian 370".. Kenapa?
Semakin lama insiden ini berlarutan, semakin banyak pula maklumat-maklumat yang didedahkan oleh pihak berkuasa negara kita bercanggaah dari apa yang didedahkan pada awal insiden.
Jika sebelum ini persoalan baru telah timbul berikutan ketidak selarian maklumat mengenai laluan penerbangan MH370 itu.. lihat di ( SINI ), ini pula mengenai komunikasi terakhir dalam transkrip.
"Baik, selamat malam,” adalah kata-kata terakhir dari kokpit pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH370, yang masih belum ditemui.
Kata-kata ini menjadi tumpuan kajian mendalam untuk menentukan sama ada ia disebut oleh juruterbang atau oleh seseorang yang tidak sepatutnya berada di kokpit berkenaan.
Bagaimanapun, pihak berkuasa Malaysia hari ini berkata mereka percaya kata-kata itu bukan disebut oleh orang asing, tetapi oleh pembantu juruterbang Fariq Ab Hamid.
Ia adalah berdasarkan maklumat dari siasatan awal, kata ketua pegawai eksekutif MAS Datuk Ahmad Jauhari Yahya dalam sidang media di Hotel Sama-Sama, KLIA.
"Siasatan awal menunjukkan pembantu juruterbang itu yang bercakap pada waktu itu, ia dirakam dalam pita rakaman,” katanya.
Perbualan terakhir itu berlaku hanya 11 minit sebelum MH370 hilang dari radar kawalan lalullintas udara Malaysia pada jam 1.30 pagi, 8 Mac.
Tetapi semalam pula komunikasi yang didedahkan adalah berbeza dengan apa yang telah didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya pada pada 17 Mac itu.
Dari "All right, good night" ianya telah menjadi “Good night Malaysian 370"..
"Good night, Malaysian 370" komunikasi terakhir dalam transkrip
KUALA LUMPUR: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan perbualan terakhir dalam transkrip antara pengawal trafik udara dan kokpit pesawat adalah “Good night Malaysian 370" (Selamat malam Malaysia 370).
Perbualan terakhir itu berlaku pada 1.19 pagi waktu Malaysia.
Kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan pada lewat malam Isnin itu menjawab soalan yang dibangkitkan pada sidang media Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkaitan komunikasi terakhir antara pusat pengawal trafik udara dan kokpit.
Hishammuddin turut berkata, beliau tidak pasti sama ada wujud dua versi transkrip yang disiarkan kepada orang ramai, termasuk transkrip yang dilapor dikeluarkan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) sebelum ini.
“Saya tidak pasti mengenainya tetapi saya boleh mengesahkan bahawa saya turut terlibat dalam penyiasatan yang dilakukan oleh FBI sejak hari pertama.
“Transkrip merupakan sebahagian daripada siasatan. Jika ia penting bagi anda, saya akan berbincang dengan pakar sekiranya ia boleh disiarkan atau tidak,” ujarnya.
Hishammuddin turut mengarahkan pasukan penyiasat untuk menyiarkan transkrip penuh pada sidang media seterusnya jika mereka mendapat kelulusan.
“Kami tidak menyembunyikan apa-apa. Kami hanya mengikut prosedur yang telah ditetapkan,” tegas Hishammuddin.
Pada 12 Mac lalu, duta Malaysia ke China memaklumkan pada satu pertemuan bersama keluarga penumpang di Beijing bahawa perkataan terakhir yang diterima daripada pesawat MH370 adalah “All right, good night (baiklah, selamat malam)."
Manakala pada 17 Mac, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya memberitahu komunikasi terakhir pesawat MH370 adalah "All right, good night" telah dibuat oleh pembantu juruterbang, Fariq Ab Hamid.
Namun begitu, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan forensik untuk menentukan sama ada kata-kata terakhir dari kokpit diucapkan oleh juruterbang atau pembantu juruterbang ~ AstroAwani
Kenapalah walaupun sudah 20 hari berlalu, pihak berkuasa negara kita yang menangani insiden ini masih gagal dalam mengkoordinasikan maklumat?
Maklumat yang tidak selari ini hanya akan menimbulkan keraguan...
0 orang berkata:
Post a Comment