Keluarga pasangan di Sweden tak rancang merayu
- Norshalena Norshal sedih menerima berita mengenai kakaknya, Shalwati Norshal dan suami Azizul Raheem Awalludin yang dijatuhkan hukuman penjara selepas didapati bersalah atas pertuduhan memukul anak mereka oleh Mahkamah Daerah Solna di Stockholm, Sweden ketika ditemui di rumahnya di Kampung Wakaf Tok Wali di Kota Bharu hari ini. Azizul Raheem, pegawai Tourism Malaysia dipenjara selama 10 bulan dan Shalwati, guru yang bercuti tanpa gaji, dikenakan penjara selama 14 bulan. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Keluarga pasangan Malaysia, Shalwati Norshal dan Azizul
Raheem Awalludin, yang dihukum penjara oleh Mahkamah Daerah Solna di
Stockholm, Sweden hari ini, reda dengan keputusan itu serta tidak
merancang untuk mengemukakan rayuan.
Kakak Shalwati, Noor Azila Makhzan berkata walaupun sedih, mereka membuat keputusan tidak akan mengemukakan rayuan kerana khuatir hukuman lebih berat dikenakan ke atas pasangan itu.
"Ini selepas perbincangan dengan anggota keluarga, kalau buatpun kita takut hukuman bertambah berat sedangkan peguam kitapun sememangnya peguam hebat tetapi keputusan masih tidak menyebelahi kita," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mahkamah Daerah Solna menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan terhadap Shalwati dan 10 bulan terhadap Azizul Raheem bagi kesalahan mengasari serta mencabuli integriti anak-anak mereka.
Noor Azila berkata Shalwati dan Azizul Raheem sebelum ini turut menyatakan bahawa mereka bersedia dengan apa jua hukuman, meskipun pada hakikatnya mengharapkan yang terbaik.
"Ini undang-undang Sweden, kita tak boleh kata apa, dia lain daripada yang lain, kita nak komen lebihpun tak boleh," katanya.
Noor Azila juga berkata anggota keluarganya di Kota Baharu, Kelantan akan terus menjaga keempat-empat anak pasangan itu.
"Kita juga dah maklum pada anak-anak mereka apa yang berlaku. Mereka akan terus kami jaga," katanya.
Sementara itu, di KOTA BAHARU, adik Shalwati, Shaleena Norshal, 43, seorang guru yang mempunyai empat anak berusia antara dua dan 17 tahun, turut reda dengan keputusan mahkamah.
"Kami redha dengan keputusan yang dibuat oleh pihak mahkamah, dan kalau ikut pendakwa raya, mereka ingin jatuhkan hukuman selama dua tahun," kata beliau kepada pemberita di rumahnya di Kampung Wakaf Tok Wali, Melor hari ini.
Shaleena berkata beliau tahu keputusan itu menerusi aplikasi Whatsapp yang diterima daripada seorang anggota keluarga mereka yang berada di Sweden.
"Kami dah dapat jangka keputusan ini, kami redha dan bersyukur sebab ini hukuman paling minimun yang diberikan kepada mereka dan kami akan berdoa dan lakukan solat hajat agar dipermudahkan urusan mereka.
"Hukuman ke atas mereka akan dikurangkan jika berkelakuan baik, apa yang saya tahu, mereka juga kena bayar pampasan kepada anak-anak mereka tetapi jumlahnya masih belum diketahui," katanya.
Azizul Raheem, pegawai Tourism Malaysia di Sweden dan Shalwati, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan reman sejak 18 Disember tahun lepas kerana didakwa memukul tangan seorang anak lelaki mereka kerana tidak solat.
Wartawan tidak dibenarkan oleh keluarga untuk menemu bual anak-anak pasangan itu iaitu Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11 dan Ariff, 7. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment