Kassim Ahmad didakwa di mahkamah pagi ini
PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Sasterawan dan pemikir, Dr Kassim Ahmad
dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini, terhadap dua pertuduhan
melakukan kesalahan menghina Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama
dua bulan lalu.
Kassim @ Osman Ahmad, 81, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Syarie Ummamuddin Yunus.
Bagi pertuduhan pertama, Kassim didakwa menghina, atau menyebabkan agama Islam dipandang hina oleh penganut agama lain dengan mencemuh amalan yang berhubungan dengan agama Islam dalam seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Hala Tuju Bangsa dan Negara Malaysia Untuk 30 Tahun Akan Datang.
Kassim didakwa membentangkan skrip ucapan bertajuk ucapan kepada Konfrensi Politik Nasional untuk Menentukan Halatuju Negara Malaysia untuk tiga puluh tahun akan datang.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 7 (b) Akta Kesalahan Jenayah Syarie 1997 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Kassim didakwa mengingkari atau melanggar perintah Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam, Majlis atau Mufti melalui Fatwa Wilayah-wilayah Persekutuan berkenaan Golongan Anti Hadis dalam seminar yang sama.
Beliau didakwa membentangkan satu skrip ucapan yang mempunyai petikan daripada dua buah buku bertajuk hadis satu penilaian semula (terbitan Media Intelek Sdn Bhd 1992) yang telah diharamkan melalui fatwa-fatwa wilayah Persekutuan yang diwartakan pada 8 Februari 1966 berkenaan Golongan Anti Hadis.
Bagi kesalahan itu, pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 9 akta Kesalahan Jenayah Syarie (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua duanya jika sabit kesalahan.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Yayasan Kepimpinan Perdana, No 1 Jalan PBH, Presint 8, di sini antara jam 9 pagi hingga 5 petang, 16 Februari lalu.
Mahkamah membenarkan Kassim diikat jamin sebanyak RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua orang penjamin yang bermastautin di Wilayah Persekutuan dan menetapkan 7 April depan untuk sebutan semula kes itu.
Kassim yang berbaju berwarna cerah dan bertongkat, membayar jaminan tersebut.
Pendakwaan dikendalikan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Ibrahim Deris manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Semalam, Kassim ditahan pegawai penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim Kedah (PADK) di rumahnya di Kulim Golf & Country Resort kira-kira jam 2.30 petang semalam.

0 orang berkata:
Post a Comment